berita

Niat Nak Bakar Rumah Jiran Terbantut, Remaja Melecur Ketika Simbah Minyak

August 24th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pemuda Bakar Rumah Jiran

Hasrat seorang pemuda untuk membakar rumah jirannya tidak kesampaian apabila dia mengalami kecederaan parah akibat dijilat api ketika ingin menyimbah minyak petrol ke rumah tersebut.

Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Remote TV, Lelaki Bunuh Jiran, Sumbat Dalam Tong Sebelum Campak Ke Sungai

Jiran bising & berbau busuk

Pemuda Bakar Rumah Jiran

Memetik laporan Thaiger, kejadian yang berlaku di Chonburi, Thailand itu berpunca daripada ketidakpuasan hati seorang lelaki bernama Net Anantakul, 47, terhadap bunyi bising serta bau busuk yang datang dari rumah jirannya.

Namun begitu, lain pula jadinya apabila Anantakul terkena simbahan petrol sekaligus membakar dirinya sendiri tanpa sengaja.

Terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu, Anantakul terus melarikan diri ke rumahnya dan mengalami luka di bahagian muka, lengan dan kaki.

Sementara itu jiran kepada Anantakul, Siriporn Homsaen yang terkejut dengan kebakaran yang berlaku terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak bomba bagi membantu memadam kebakaran.

Sehingga ke hari ini, pihak polis melakukan siasatan dan masih belum ada kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Sumber: Thaiger

SKIP THIS AD ×