berita

Niat Nak Bantu Ramai Orang, Netizen Sebak Lihat Neelofa Menitiskan Air Mata

August 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, viral sebuah rakaman video yang menunjukkan selebriti popular, Noor Neelofa, gagal menahan air mata di saat penjual inai keluarannya membaca ikrar ‘aku janji’ di sebuah majlis beramah mesra bersama pihak pengurusan.

Artikel berkaitan: PU Riz Nak Saman Individu Fitnah Produk Inai – ‘Saman Malu Akan Dikeluarkan Segera!’

Kesat air mata

Neelofa yang mengenakan jubah berwarna merah jambu kelihatan mengesat air mata menggunakan tisu sambil ditenangkan oleh suaminya, PU Riz. Menurut pemilik akaun Partner Nunha, individu tersebut meluahkan rasa sedih apabila melihat Neelofa mengalirkan air mata. Ujar pemilik akaun tersebut, mereka jarang melihat seorang yang kuat seperti Neelofa menangis.

Jarang sangat nampak seorang yang sangat tabah menitiskan air mata. Niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia boleh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller.

Jarang sangat nampak Neelofa menangis

@partner.nunha Jarang sangat nampak seorang @neelofa yg sgt tabah menitiskan air mata ??? niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia blh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller2 #innainunha #nunha ???? #neelofa ? Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

Menerusi video berkenaan juga, para penjual memohon maaf dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Neelofa di atas kesabaran serta pengorbanannya dalam mengharungi ujian ketika menguruskan produk berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa sebak. Terdahulu, PU Riz memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang dipercayai ingin menjatuhkan perniagaan inai yang diusahakan olehnya bersama isteri. Ujar PU Riz, wanita tersebut dikatakan telah menulis kenyataan di media sosial mengenai perasaan sedih dan kecewa kononnya pihak Nunha.co menipu dan menganiaya pelanggan dengan meletakkan beberapa paksaan.

Sumber: Partner Nunha 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×