berita

Niat Nak Buat Perkara Tak Baik Tapi Banyak Halangan, Sebabnya…

June 5th, 2016 | by Ai
Kini Trending

man-watching-movie-or-television-on-laptop-in-bed

Kadang-kadang mungkin kita ada persoal, kenapa sesetengah orang hidup dalam keadaan penuh dosa dan noda mendapat kesenangan hidup yang banyak. Hakikatnya, itu merupakan nikmat istidraj iaitu kesenangan yang menjadikan manusia tidak bersyukur dan terus jauh dari Allah SWT.

Oleh sebab itu, usah merungut jika banyak ditimpa ujian kerana itu tandanya Allah sayang kepada kita. Musibah yang diberi merupakan peringatan apabila kita mula lalai dan ingkar dengan perintah-Nya. Perkara tersebut boleh ditunjukkan melalui sekecil-kecil perbuatan yang kita lakukan.

Contohnya ketika ingin menonton filem yang tidak sepatutnya ditonton, kemudian banyak benda terjadi yang menghalang anda untuk meneruskan niat tersebut. Dapatkah anda lihat petanda tersirat disebalik kejadian itu?

Nak Tengok Filem Yang Tak Wajar Ditonton..

-media-2331-movies-online-legally.CACHE-620x305-crop

Kadang-kadang, terdetik di hati nak tengok satu filem Hollywood. Meskipun kita tahu yang filem tu 18 sx, ada unsur-unsur lucah dan tak sewajarnya ditonton oleh seorang Muslim, kita masih nak tengok.

Kemudian, buka internet, nak downloadlah. Tapi line internet terlalu slow. Homepage google pun tak dapat akses.

Laptop Diserang Virus!

laptop-infected-by-malware

Tetiba teringat dah pernah copy cerita tu dengan member. Ada save dalam pendrive, tapi tak ingat pendrive letak kat mana. Cari punya cari satu bilik, sampai terkemas katil yang selama ini berserabai. Akhirnya jumpa pendrive duduk terselit celah bantal.

Pasang pendrive, tetiba laptop diserang virus. Menangis kejap. Lepas tu adjust punya adjust, akhirnya berjaya remove virus tu daripada laptop.

Double klik file movie yang nak ditonton tadi. Tetiba black out pulak. Dalam kepanasan bilik tanpa kipas dan air-cond, tangan menadah, berdoa kepada Allah supaya elektrik ada balik.

Tetiba teringat, “Eh? Aku berdoa mintak elektrik ada balik. Tapi bila elektrik tu datang, aku nak tengok filem yang aku tahu Allah tak suka”.

Allah Susahkan Jalan Ke Neraka…

taubat

Time tu baru kita sedar… Rupa-rupanya segala kesulitan dan kesusahan yang kita hadapi dalam usaha kita untuk melakukan maksiat itu, ada hikmahnya. Mungkin Allah sayangkan kita. Maka Allah susahkan jalan-jalan untuk kita ke neraka. Allah tutupkan peluang-peluang untuk kita melanggar perintah-Nya.

Saat kita sedar akan hal itu, dan jika kita masih berniat nak teruskan juga bermaksiat, meskipun kita tahu yang Allah dah bantu kita untuk tinggalkannya… Maka, apakah lagi hujah dan alasan yang dapat kita berikan di hadapan-Nya di akhirat kelak?

Sama-sama renungkan…

Sumber: Abeben’s Artwork

SKIP THIS AD ×