berita

‘Niat Saya Cuma Ingin Beri Kesedaran’ – Selepas Teruk Dikecam, ‘Gadis Boba’ Mohon Maaf

September 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini tular di media sosial kelakuan dua remaja perempuan membuang minuman boba tea mereka ke atas jalan sehingga dikecam oleh netizen. Mana tidaknya, menerusi video itu dua remaja tersebut kedengaran mahu memberi minum boba tea mereka kepada kucing, selain turut ‘mempersoal’ keadaan boba itu yang dilihat mengeras seperti batu.

Susulan daripada itu, melalui satu perkongsian yang dipercayai dibuat rakan kepada individu terlibat, dia telah tampil memohon maaf berhubung perkara tersebut.

Minta maaf kepada syarikat terlibat

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter nrzwn, dia menyertakan satu screenshot mesej yang ditulis oleh salah seorang remaja perempuan itu.

Menurut remaja itu, dia meminta maaf kepada orang ramai serta syarikat yang terlibat berhubung video yang tular. Katanya, dia tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana syarikat atau kedai yang menjual minuman boba itu yang diakui kini semakin popular.

Niat untuk bagi kesedaran

Tambahnya, niat untuk berkongsikan video itu hanyalah bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya lebih menjaga kesihatan memandangkan kandungan gula yang ada pada minuman jenis itu adalah sangat tinggi.

Bahkan katanya, dia juga tidak berniat untuk menyekat mana-mana individu supaya tidak membeli minuman itu lagi selepas ini.

Untuk video yag bubble itu boleh menjadi seperti batu setelah terjemur adalah benar dan bukan sengaja ingin dijemur dan membuat andaian.

Teruskan support air boba. Dan sama-samalah kita mengingatkan tentang penjagaan kesihatan diri masing-masing. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.

Sumber: Twitter nrzwn

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×