berita

Niat Tunai Umrah Berdepan Rintangan, Wanita Kongsi Kisah Terima Jemputan Tak Disangka-Sangka

December 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Walaupun bukan satu kewajipan, menunaikan umrah menjadi antara salah satu hajat kebanyakan umat Islam seluruh dunia. Namun, bukan semua orang dijemput ke sana meskipun sudah cukup wang ringgit.

Seorang wanita Pnut Syafinaz yang telah menjadi jemaah umrah baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana dia akhirnya menjejakkan kaki ke Tanah Haram setelah menghadapi pelbagai rintangan.

Teringin tapi tak sungguh-sungguh

Saya berfikir panjang mahu menulis hal yang satu ini, khuatir riak pula, tetapi mungkin boleh memberi inspirasi kepada orang lain jangan ragu-ragu pada Allah, doa dan doalah.

Cerita tentang keinginan untuk pergi umrah ni sebenarnya dah lama, tetapi mungkin pada awalnya sekadar teringin sahaja, tidak sungguh-sungguh dihati.

Tahun 2012-2014 tahun saya sangat aktif menulis skrip drama TV, Alhamdulillah, duit hasil penulisan saya dapat kumpul puluh ribu ketika itu, tetapi sebab belum sungguh-sungguh niat ke Mekah tu saya memilih menyelesaikan beberapa hutang besar ketika itu, dan tinggalkan sedikit sebagai simpanan.

Tahun 2015, keinginan menunaikan umrah tu muncul balik, tetapi ketika itu suami pula tidak dapat cuti panjang, nak jadi mahram. kami tangguhkan. Kemudian ada perkara mendesak, duit simpanan digunakan dahulu, akibatnya tangguh lagi niat, bila duit bahagian saya cukup, bahagian suami pula tidak cukup, bila cukup kedua-dua simpanan kami, pasang niat nak pergi, tapi kesian mak pula, dia pun teringin nak ke Mekah.

Jadi kami tangguh lagi, usahakan kumpul duit bahagian emak pula sekitar tahun 2016-2017.Ketika ini kalau kawan FB saya perasan, saya selalu sahaja menulis keinginan nak ke Mekah, masa ni sudah wujud keikhlasan sungguh, jujur teringin sangat nak ke umrah, setiap kali para sahabat, saudara mara ke Mekah, saya tidak malu dan segan, titipkan doa, tolong la doakan saya dijemput Allah juga.

Dalam usaha mencukupkan bahagian emak, kami diuji lagi, awal tahun lepas, 2018, suami saya berhenti kerja kerana hal dalaman pejabat. Bermulalah perjalanan dia sebagai YB (Yang Bersara). Ketika ini segala saving yang kami kumpul mulai susut sehinggalah impian untuk menunaikan umrah kami tak nampak sinar, saya ikhlaskan hati niat membantu suami, sambil yakin dalam hati, “Allah akan ganti lebih baik nanti,”. Dalam masa yang sama, saya teruskan asingkan simpanan untuk tabungan Mekah emak juga.

Dihubungi kawan lama

Walaupun kami tidak mampu ketika ini, saya terus berdoa setiap pagi, jarak jauh dari rumah ke pejabat setiap hari saya gunakan untuk berdoa, berzikir dan merintih “Ya Allah, jemputlah kami jadi tetamuMu, berkali-kali sedekah Al-Fatihah setiap pagi kepada Rasululah s.a.w sambil memohon “Ya Rasulullah, sampaikan hasrat kami kepada Allah, kami ingin menjadi tetamu Allah, kami mahu ziarah ke makamMu Ya Rasullullah.” Setiap hari tanpa gagal saya berdoa juga walaupun kami tahap tidak mampu dari segi kewangan ketika ini. Bak kata orang mustahil nak pi umrah dengan tidak cukup duit..

Tetapi benarlah bagai dikata, “Menjadi tetamu Allah ni, bukan saja-saja, bila tiba waktunya Allah akan jemput pelbagai cara, tanpa diduga”.

Suatu pagi, seorang sahabat lama kami, kenalan berbelas tahun, yang rapat suatu ketika dahulu, yang sudah lama kami tidak berhubung, adalah sesekali adalah bertanya khabar.

Sahabat ini memang ikuti kerja-kerja amal saya dan suami, dia juga salah seorang penyumbang wang saku PINK SQUAD. Suatu pagi subuh, bulan March 2019, dia wassap, saya masih ingat, saya baru sahaja selesai solat subuh, sahabat ini tanya saya, samaada saya dan Mior sudah buat umrah,saya jawab, belum ada rezeki lagi, dia balas, “saya niat nak bayarkan utk hang dan mior menunaikan umrah, ni hasrat saya” saya tergamam, terus sujud syukur sambil menangis sungguh-sungguh kerdil sungguh masa ini rasa. Allahu dok rasa masa ni “Allah dengar rintihan aku rupanya.. Allah dengar rupanya.. Allah dengar.. Kau dengar doa aku Ya Allah”.

Tetapi ketika itu, husband kata, kita pergi selepas dia boleh keluarkan duit EPF la, husband memang berjanji, bila ada dia ada duitnya nanti, dia bayarkan kos umrah kami, tetapi Allah dah hantar rezeki bahagian kami berdua melalui orang lain, lalu husband cakap, rezeki anak-anak la. Kita bawa anak-anak, duit bahagian kita tu gunakan untuk mereka.

Disebabkan Alesya nak UPKK ketika itu, kami tangguhkan sehingga dia selesai UPKK dan selesai peperiksaan akhir sekolah, dan tunggu juga penempatan Najmi ke IPTA, baru boleh plan tarikh. Rezeki lagi, kami daftar umrah dan bayarr deposit semasa Karnival Haji dan Umrah di sebuah masjid di Shah Alam, dan kami dapat cabutan bertuah, diskaun RM500. Masa ini terfikir, benar Allah nak jemput kali ini. Alhamdulillah.

Maka rezekilah kami berangkat pada 7 November 2019. Itulah jemputan dari Allah, siapa sangka, ketika kami cukup duit, mampu pergi, tetapi ada sahaja halanganNya, mungkin belum cukup kesungguhan nak pergi. Ketika kami tidak mampu dari segi kewangan, tetapi hati meronta-ronta nak pergi, terlalu ingin tak tahu nak cakap macam mana rasanya keinginan itu. Ketika inilah saat yang tepat, Allah benar-benar jemput kami menjadi tetamuNya.

Jadi, apa yang nak saya ceritakan di sini, Allah tahu apa yang terbaik buat kita, saat yang tepat, dan tiba waktunya DIA jemput. Sebagai hambaNya, jangan ragu padaNya. terus sahaja meminta, merintih, merayu, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Jika dulu mulut sebut, teringin nak pi Mekah, tetapi hati belum tentu sama dengan lafaz mulut. Jadi Dia tangguhkan. DIA tahu.. DIA tahu apa dalam hati kita.

Bila saat, kau benar-benar terbit dalam hati keinginan meronta, hinggakan bila dengar sahabat nak ke Mekah terus berdoa “Ya Allah, sahabatku si polan akan menunaikan umrah, Ya Allah, kau jemputlah aku juga, jemputlah ya Allah, aku tahu aku banyak dosa, aku mohon Kau berilah keampunan pada ku, aku merayu padaMu, aku ingin jadi tetamuMu,” Dan iya, tiba saatnya Allah pasti jemput.

Kumpul doa rakan Facebook

Dan kerana itulah sebelum saya berangkat ke Mekah, saya war-warkan di sini kalau ada sesiapa yang mahu menitipkan doa, saya usahakan kumpul, print dan bacakan. Tahu tak? ada 18 helai kertas A4 doa kiriman kawan-kawan saya kumpulkan, dan 18 helai depan belakang tau.. kalau jumlah muka surat, 36ms semuanya, belum termasuk yang belum sempat saya compile dan print, dalam wassap yang sy starkan, pm FB.

Saya usahakan baca kerana amanah, ia hasrat, sebolehnya saya bacakan, tanpa tertinggal satu pun, mana doanya yang saya rasakan perlu, kerana ada harapan sahabat ini saya rasakan Allah jua penyelesai masalah beliau, Allah jua Maha penyembuh, doa begini, saya tandakan, bila kelapangan saya ulang baca. Kenapa saya beriya buat begitu? ye lah, orang lain pun pergi umrah, tetapi tidak pula sampai buat pengumuman siapa nak kirim doa kan?

Tidak! bukan niat saya nak menunjuk, tetapi saya nak manfaatnya sebaiknya peluang dan ruang yang Allah beri ini, saya rasa bukan hak saya seorang rezeki ini, saya kena berkongsi dengan sahabat yang sentiasa menyokong saya. Rezeki di jemput Allah ini pun, asbab terdetik hati sahabat yang biaya kami kerana melihat usaha-usaha kecil kami menunaikan amanah sedekah jariah para sabahat FB.

Tanpa sedekah jariah sahabat FB kami tidak mungkin melakukan pelbagai kerja amal, sehingga mungkinlah usaha yang kecil ini dipandang jua oleh Allah, maka itulah sebabnya saya kumpul doa kiriman kawan-kawan dan saya berikan sedikit masa bacakan segala doa ketika betul di depan Kaabah, usai menunaikan solat taubat, solat hajat. Setiap kali lepas solat berjemaah, bila ruang hadapan kaabah lengang, saya usahakan duduk di satu sudut bacakan doakan sedikit demi sedikit. dua hari jugalah selesai semua doa.

Itulah ceritanya, terima kasih kerana membaca panjang berjela.. Semoga kalian juga menjadi tetamuNya. Buat sahabat kami yang biayai umrah kami suami isteri, moga syurga itu adalah tempatmu kelak.

Sumber: Pnut Syafinaz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×