berita

Nicholas Saputra Teringin Bekerja Dengan Allahyarham Yasmin Ahmad

November 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Seorang pelakon yang sangat eksklusif dan jarang mendedahkan diri pada media, Nicholas Saputra, 28, sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan lagi-lagi selepas filem “Ada Apa Dengan Cinta” yang dibintanginya bersama Dian Sastrowodoryo ditayangkan di Malaysia.

Selepas meletupnya filem arahan Rudy Saedjarwo di kalangan peminat di Malaysia, tiada lagi filem yang dilakonkan oleh Nicholas ditayangkan di televisyen tempatan. Ketika ditemui di majlis ulang tahun ke-5 Tune dan portal Gua, Nicholas tampil memberi penjelasan dan dia turut memberitahu perasaannya yang terkilan kerana tidak dapat bekerjasama dengan pengarah dari Malaysia.

“Saya tidak begitu biasa dengan perkembangan industri lakonan di sini, saya ada mendengar nama-nama pengarah hebat seperti  Allahyarham Yasmin Ahmad. Karyanya memang hebat dan sentiasa mempunyai perspektif berbeza. Namun saya tidak berkesempatan untuk bekerja dengannya,” ujar pelakon kacak ini.

Nicholas yang kini jarang muncul dikaca televisyen turut memberitahu bahawa dia masih lagi berlakon dalam filem-filem di Indonesia

“Saya masih lagi berada didalam industri. Cuma mungkin filem saya tak dimainkan di Malaysia,” tambah Nicholas lagi.

Ditanya jika diberi pleluang untuk berlakon bersama produksi dari Malaysia, Nicholas hanya memberitahu bahawa setakat ini dia tidak pernah mendapat apa-apa tawaran dari Malaysia.

Jadi, apa kata anda? Adakah Nicholas yang popular dengan watak Rangga didalam filem “Ada Apa Dengan Cinta” masih lagi relevan dan sesuai muncul dikaca televisyen tempatan?

Dalam pada itu,. Nicholas kini sedang sibuk dengan filem berjudul “Postcard From The Zoo” dan bakal menjalani penggambaran filem “What They Don’t Talk About When They Talk About Love“.

SKIP THIS AD ×