berita

Ning Baizura Sahkan Tidak Sertai Mana-Mana Parti Politik

July 31st, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, kecoh mengenai mengenai seorang ahli politik yang memberi kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan tentang kemungkinan penyanyi popular, Ning Baizura akan menyertai sebuah parti politik. Namun, dilaman Twitter Ning, dia telah menafikan sekeras-kerasnya dan isu ini telah hangat diperkatakan oleh pihak-pihak media.

Petang tadi, pihak OHBULAN! telah menerima kiriman e-mail kenyataan rasmi dari Ning Baizura bahawa dia sememangnya tidak berniat untuk menyertai mana-mana parti politik di Malaysia.

“Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Jun 2012 di mana telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli sesebuah parti politik Malaysia.

“Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal. Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman, damai dan dilimpahi dengan rezki di bawah parti yang memerintah.”

Harapnya selepas ini para peminat akan lebih jelas mengenai situasi Ning Baizura.

SKIP THIS AD ×