Pelawak Nizam Jentik Jentik, menjadi saksi kepada kemalangan maut yang berlaku baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’
Artikel Berkaitan: ‘Inspektor Sani’ Selamatkan Gadis Terlibat Kemalangan, Seronok Layan ‘Punchline’ Dalam Kereta
Saksi kemalangan
Menerusi hantaran di Facebook, Nizam atau nama sebenarnya Mohd Nornizam Mohd Yusof berkongsi kisah ketika dia memberi bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut.
Menurut Nizam, pada awalnya dia dan orang awam tidak dapat menghubungi waris mangsa.
Saya turun payungkan mangsa sebab keadaan panas terik masa tu dan ada beberapa penunggang motosikal bantu kawal lalu lintas. Kami pun cuba menjaga segala barang penting mangsa, telefon dan dompet supaya dalam jagaan rapi. Kami tak dapat hubungi waris sebab tiada nombor kecemasan tertera di telefon (penting ni).
Kemudian, Nizam bertindak menghubungi panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan memaklumkan keadaan mangsa.
Bila telefon 999 untuk laporkan, operator tanya mangsa masih hidup atau tidak. Sejujurnya seawal sampai saya masih nampak pergerakan di perut, tapi lepas tu terus lenyap pergerakan tu.
Saya cuma jawab mungkin sudah tiada. Tapi katanya kalau tiada bukan tugas ambulans, tapi tugas polis. Jadi beberapa orang yang di situ bantu saya memastikan keadaan mangsa, periksa nadi dan nafas dan dengan keadaan yang teruk pastinya mangsa telah pun meninggal dunia.
Paling menyayat hati adalah apabila isteri kepada mangsa menelefon dan Nizam dengan berat hati memberanikan diri menjawab panggilan tersebut.
Tiba tiba telefon mangsa berdering dan tertera ‘My Lovely Wife’. Allahuakbar, masing masing tak berani angkat, tapi saya gagahkan juga angkat.
Saya jawab ‘Assalamualaikum puan’, dia membalas ‘eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yang tergerak hati nak telefon’. Satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu. ‘Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan.’
Dia tanya semula ‘suami saya maca mana?’, saya hampir menangis nak jawab ‘suami puan sudah tiada’.
Terdengar dia meraung menangis, saya terkedu dan menitik juga air mata saya. Saya WhatsApp keadaan suaminya untuk kepastian dia, gambar profil ada anak dua orang masih kecil lagi.
Dalam pada itu, Nizam juga dimaklumkan bahawa mangsa baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah bagi menghadiri ke sesi petang.
Allahu sekelip mata saja suaminya pergi meninggalkan keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga isteri dan anak anaknya dipermudahkan segala urusan. Amin.
Sumber: Facebook Nizam Jentik-Jentik