berita

‘Inspektor Sani’ Selamatkan Gadis Terlibat Kemalangan, Seronok Layan ‘Punchline’ Dalam Kereta

December 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

zizan tolong

Keikhlasan hati pelakon dan pelawak Zizan Razak membantu mangsa kemalangan jalan raya telah mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Puji Keberanian Kaka Azraff – ‘Allah Tahu Niat Kita, Tapi Jangan Sampai Rosakkan Kerjaya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Zizan Razak Tercengang Dapat Hadiah Motor – ‘Adik Sanggup Susahkan Diri Untuk Aku’

Zizan tumpangkan mangsa
zizan tolong 1

Menerusi hantaran di TikTok, mangsa kemalangan memandu kereta Suzuki Swift biru bersama adik beradik dan rakan-rakannya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Tidak lama kemudian, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak yang kebetulan memandu di kawasan tersebut bertindak membantu wanita itu.

Difahamkan aktor berusia 39 tahun itu menumpangkan mangsa menaiki keretanya selain menghiburkan mereka yang sedang berada dalam keadaan panik.

Wanita tersebut berkata sepanjang perjalanan dia tidak kering gusi dengan gelagat dan lawak jenaka Zizan.

Dia turun kereta nak tolong.

Dia layan kita macam kawan-kawan dia. Punchline dia bertubi-tubi rasa macam tengok Maharaja Lawak Mega.

Wanita bertuah

zizan tolong 1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang yang bertuah kerana dibantu oleh selebriti popular tanah air.

Package combo eh, dalam tak ada rezeki ada rezeki naik kereta dengan artis.

Dia senyum je sambil tolong korang Ya Allah comelnya! Apa-apa pun kekal selamat okay.

Inspektor Sani turun padang.

Kak, untungnya kau kak dapat jumpa Zizan siap naik kereta lagi.

Dalam pada itu, mereka turut memuji tindakan pelakon filem Polis Evo tersebut yang sudi meringankan beban wanita berkenaan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×