berita

No Komen & Tak Nak Panjangkan Cerita – Tasha Shilla

January 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

tasha-shila-resized

Minggu lalu pihak OHBULAN! telah keluarkan laporan penuh mengenai senarai top 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.

Nampaknya menerusi laporan yang dipaparkan, nama pelakon yang pernah menyandang gelaran anugerah Artis Baru Wanita Popular, Tasha Shilla langsung tiada dalam senarai top 5 pada tahun ini dan perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan para peminat industri hiburan tempatan.

Oleh itu, bagi mendapatkan maklum balas menegenai isu tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Tasha Shilla sendiri dan dapatkan kenyataannya berhubung isu berkenaan.

“No komen sebab Tasha tak nak panjang-panjangkan cerita ini. Biarlah mulut orang nak beri pelbagai andaian. Bagi Tasha, semua itu terpulang pada rezeki masing-masing.”

Semua sedia maklum tahun lalu timbul kontroversi yang mengatakan kononnya Tasha membeli undi berkotak-kotak dan disebabkan tindakan tersebut Tasha berjaya memenangi gelaran Artis Baru Wanita Popular, jadi adakah disebabkan faktor tersebut nama Tasha tidak tercalon untuk kali ini?

“Sebelum ini bukan Tasha yang cakap, tapi orang yang buat spekulasi sendiri dan timbulkan pelbagai kontroversi mengenai diri Tasha. Teruskanlah orang nak cakap apa.”

“Mungkin kali ini rezeki Tasha tak ada dan Tasha pun tak nak komen apa-apa sebab takut jawapan tersebut dimanipulasikan.”

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Tasha kini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya berjudul ‘Rindu Bertamu di Abu Dhabi’ gandingan mantap dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad.

“Alhamdulillah rezeki Tasha masih lagi ada dan tak putus-putus. Sekarang ini tengah jalankan penggambaran untuk drama berjudul ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’ dan Insyallah bulan Mac nanti Tasha akan keluarkan video klip untuk lagu single terbaru Tasha berjudul ‘Sayang Pulanglah Sayang’ collaborate dengan Tiga Swagger.”

SKIP THIS AD ×