berita

Noki K-Clique & Ezzanie Jasny Bercinta? Kongsi Foto Keluar ‘Dating’ Bersama

January 18th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Noki K-Clique

Tindakan pelakon Ezzanie Jasny memuat naik video bersama penyanyi Noki K-Clique telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Cuba Mengimbangi Kehidupan Untuk Dunia & Akhirat Dengan Sebaiknya’- Noki

Artikel Berkaitan: [VIDEO] MK K-Clique Mohon Maaf Pada Tuju Andai Hati Tersinggung, Rindu Berkumpul 8 Orang

Bercinta?

Noki K-Clique

Menerusi hantaran di TikTok, Ezzanie berkongsi beberapa momen ketika dia dan penyanyi kelahiran Sabah itu keluar meluangkan masa bersama.

Dalam video berkenaan, aktres itu dilihat mengenakan baju berona kelabu manakala Noki mengenakan baju berwarna hitam.

Ezzanie turut meletakkan kapsyen ‘lepak dengan kawan gaduh’ pada perkongsian tersebut.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah balas saling berteka-teki mengatakan adakah mereka berdua sedang menjalin hubungan istimewa.

Dalam pada itu, segelintir wargamaya turut ‘merestui’ sekiranya mereka benar-benar sedang bercinta.

Video

@ezzanie.jasnyLepak dengan kawan gaduh je? original sound – S K Y ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×