berita

[VIDEO] MK K-Clique Mohon Maaf Pada Tuju Andai Hati Tersinggung, Rindu Berkumpul 8 Orang

September 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

MK K-Clique

Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menyatakan dirinya amat merindui sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.

Artikel Berkaitan: Noki Tersinggung Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK – ‘Kalau Dia Sahabat Kami Dari Dulu Sepatutnya Datang’

Artikel Berkaitan: Ahli K-Clique Jadi Dulang Boys Nikah MK, Netizen Hairan Tak Nampak Tuju

Rindu Tuju

MK K-Clique

Ketika ditemui OhBulan!, MK berkata dia dan ahli kumpulanya yang lain sentiasa menantikan kepulangan Tuju. Malah ikatan yang sudah dianggap sebagai keluarga masih terpahat di dalam hati dan doanya.

Saya rindu semua termasuk Tuju. K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, dari zaman tiada nama dan sekarang alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana.

Kami adalah keluarga, nama sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu dia balik, tidaklah tapi macam mana pun kami tetap keluarga.

Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia, jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah. Kami juga respek kepada privasi dan pendirian masing-masing

MK berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records ‘Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre anjuran PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Mohon maaf

MK K-Clique

Dalam masa sama, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata dia tidak pernah kesal dengan keputusan Tuju untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.

Malah MK mahu memohon maaf kepada Tuju sekiranya ada kekhilafan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique yang membuatkan dirinya tersinggung.

Sebelum ini saya ada dengar Tuju cakap dia keluar K-Clique tapi saya tak pasti di mana. Tapi bagi saya kami adalah adik beradik, sudah macam keluarga.

Jadi dia boleh keluar dan boleh masuk sebab kami adik beradik. Kalau ada perselisihan pun, kita selesaikan di dalam maksudnya mungkin saya ada salah dengan dia, saya minta maaf.

Alang-alang, saya secara terbuka mahu minta maaf kalau saya ada salah silap dengan dia. Saya mewakili K-Clique mahu minta maaf kalau dia ada tersinggung atau ada buat dia terasa hati.

Sejujurnya dari hati saya, saya minta maaf. Kami K-Clique dari dulu sampai sekarang adalah keluarga, saya sentiasa akan bawa nama K-Clique. Sebab itu ada nama K-Clique di belakang MK.

SKIP THIS AD ×