Kemelut rumah tangga yang melibatkan pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh, didakwa masih belum berakhir.
Artikel berkaitan: ‘Life Must Be Go On, Sebab Ada Dua Anak Kena Tanggung’ – Isteri Shuk Sahar
Artikel berkaitan: ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?
Artikel berkaitan: ‘Tu Suara Bini Kau Nangis Lah Shuk!’ – Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen
Susulan daripada kemelut tersebut, Fara memberitahu bahawa dia telah menerima pelbagai kiriman mesej kecaman dan makian di Instagram dan juga Whatsapp.
Tak penat kacau rumah tangga orang?
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan ramai individu yang tidak dikenali oleh Fara telah menghantar kiriman berbentuk kecaman dan makian terhadapnya. Malah, kesemua individu tersebut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakannya yang didakwa masih mempunyai hubungan sulit dengan Shuk. Fara juga dilihat ‘block’ kesemua nombor yang menghantar kiriman sebegitu kepadanya.
Nombor telefon tersebar
Sebelum ini, nombor telefon Fara dipercayai tersebar selepas isteri Shuk memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan perbualannya bersama pelawak tersebut. Rossa juga telah mendakwa suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara setelah apa jua yang berlaku sebelum ini.
Sumber: F.ztys