berita

Noor Nabila Bahagia Hidup Dengan Jebat Jayden, Cari Pengganti Bukan Satu Keutamaan

March 7th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

nabila solo

Usahawan dan pempengaruh Noor Nabila menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti baharu selepas bercerai dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Percaya Mommy Jebat Kuat, Mampu Hadap Dugaan Bercerai

Artikel Berkaitan: ‘Saya Datang Daripada Broken Family, Tidak Mahu Anak Rasa Apa Saya Rasa‘ – Noor Nabila

Terlalu awal untuk bercinta

noor nabila

Kata Nabila, dia kini bahagia dengan kehidupan solo dan ingin memberi fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jadyen Ahmad yang bakal memasuki alam persekolahan.

Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang.

Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi.

Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi.

Nabila menjawab soal jodoh selepas foto dirinya mengenakan busana ala pernikahan di akaun media sosial miliknya telah menimbulkan dakwaan yang konon sudah kembali mendirikan rumah tangga.

Jelas Nabila, 39, foto yang dimuat naik itu adalah sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.

Kalian sudah salah faham . Saya belum bernikah lagi.

Doa yang baik

noor nabila next to neelofa

Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa memberitahu dia akan berkongsi sekiranya mempunyai berita gembira.

Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey.

Pada Selasa, Nabila berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen tanda hati sekali gus ramai mmebuatkan rata-rata netizen beranggapan akan kembali dengan gelaran isteri.

Untuk rekod,Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seornag anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun mereka sah bercerai September tahun lalu.

SKIP THIS AD ×