berita

Noor Nabila Sayang Amelia Christie Macam Adik Sendiri – ‘Kalau Umur Saya Tak Panjang, Jebat Ada Mak Yang Sayangkan Dia’

February 13th, 2024 | by Alia
Kini Trending

nabila sharnaaz amelia

Kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila akui senang dengan keperibadian aktres baru, Amelia Christie Lim yang dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Gelagat anak mereka Jebat Jayden bersama Amelia juga sering mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang La Dekat Jebat Jayden, Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana’ –  Amelia Christie

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Christie Bersama Ahli Keluarga Besar Neelofa, Netizen Puji – ‘Pandai Dia Bawa Diri’

Amelia di mata Nabila

amelia nabila

Memetik laporan BH Online, Nabila menyifatkan aktres itu sebagai seorang wanita yang tulus menyayangi Jebat malah sudah menganggap Amelia seperti keluarga sendiri.

Keikhlasan yang ditonjolkan Amelia membuatkan Nabila percaya bahawa anaknya dilimpahi dengan kasih sayang.

Apabila saya kenal dia dan tengok dirinya ikhlas dengan anak saya, apatah lagi dia baik, saya gembira dapat kenal dia.

Saya sayang dia… Saya selalu cakap begitu. Dia macam adik saya sendiri. Kalau dia hendak apa-apa, pandangan atau sebagainya, saya ada. Kita juga selalu WhatsApp setiap hari… Jebat pun sayang dia.

Dalam pada itu, karakter Amelia yang baik hati membuatkan Nabila yakin bahawa aktres berusia 24 tahun tersebut boleh menjadi ibu yang baik.

Tetapi mungkin sesetengah orang, dia cemburu orang lain rapat dengan anak dia. Saya hanya fikir positif.

Saya hendak masuk 40 tahun. Kalaulah Sharnaaz dan dia ada jodoh dan umur saya tidak panjang, sekurang-kurangnya anak saya ada emak yang sayangkan dia.

Sebelum ini, mereka meluangkan masa dengan bercuti ke Jepun bersama-sama, malah Amelia juga dilihat pernah ke Kelantan dan mengunjungi keluarga besar Nabila.

Keakraban antara Nabila dan Sharnaaz juga selalu dipuji warganet kerana dilihat tidak pernah berbalah malah bersikap profesional terutama dalam hal yang melibatkan kebahagiaan Jebat.

Untuk info, Nabila bersama pelakon berusia 39 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×