Pelakon, Sharnaaz Ahmad dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melibatkan bekas isterinya iaitu Noor Nabila dan Engku Emran.
Artikel berkaitan: Digosip Hangat Bercinta, Netizen ‘Restu’ Hubungan Noor Nabila & Engku Emran
Artikel berkaitan: Datang Rumah Join Usrah, Engku Emran & Noor Nabila Sedang Bercinta?
Itu hak Nabila
Menerusi laporan Astro Gempak, Sharnaaz memberitahu dia tidak mahu mengulas mengenai kontroversi yang sedang hangat diperkatakan kini. Tambahnya, itu adalah hak bekas isterinya dan lebih baik sekiranya dia tidak masuk campur.
Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila.
Hari ini viral di media sosial mengenai kisah Engku Emran yang dipercayai hadir ke rumah Nabila untuk menghadiri majlis usrah beberapa hari yang lalu. Malah, keakraban yang terjalin antara keluarga Noor Nabila dan Engku Emran juga telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Di samping itu, Nabila dipercayai sering berkongsi foto dirinya bersama beberapa individu lain termasuk Engku Emran sedang berbasikal sebelum ini.
Sumber: Astro Gempak