Foto: noornabila
Nama usahawan Noor Nabila sering menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini selepas rumah tangganya dikatakan goyah. Namun Nabila memilih kurang berkongsi tentang hal peribadi terutama mengenai rumah tangga di media sosial. Terkini, Nabila mendedahkan bahawa dia sudah tiga kali mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: Dah Lalui Perkahwinan Kali Ketiga, Noor Nabila & Suami Mahu Berhati-Hati Kongsi Perihal Peribadi
Fokus dengan Jayden
Foto: noornabila
Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa itu memberitahu dia sudah tiga kali keguguran sejak mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Engku Emran. Dia bagaimanapun tetap redha dengan ketentuan Allah SWT buat dirinya dan suami.
Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah.
Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.
Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa.
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
Sumber: Harian Metro