berita

Noor Nabila Masak Makanan Kegemaran Aleesya, Nasi Briyani Ikan Sempena Birthday

April 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya iaitu Aleesya.

Artikel berkaitan: ‘Kau Serikan Hidupku & Anakku Dengan Kehadiran Aleesya’ – Noor Nabila Titip Doa Sempena Hari Lahir Aleesya

Artikel berkaitan: ‘Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Yang Dikau Lalui’ – Erra Fazira

Terbaru, Nabila dan suaminya iaitu Engku Emran telah mengadakan sebuah majlis khas sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12.

Briyani ikan

Terima kasih semua yang telah menganjurkan majlis hari jadi buat Aleesya. Terima kasih juga buat Mummy yang telah menyediakan makanan kegemaran Aleesya iaitu Briyani Ikan. Terima kasih Aunty Sara untuk ‘swan cake’, dekorasi dan hadiah. Terima kasih juga Nellisa, Athisha dan Ameera untuk hadiah dan tolong Mummy.

Di Instagram, Engku Emran memberikan ucapan terima kasih buat seluruh ahli keluarga mentuanya kerana menganjurkan majlis hari jadi buat Aleesya. Tambah Emran, isterinya telah menyediakan makanan kegemaran Aleesya iaitu Briyani Ikan.

Mohon yang terbaik

Terdahulu, Nabila memohon yang terbaik buat Aleesya. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat. Semalam, ibu kepada Aleesya iaitu Erra Fazira turut menganjurkan majlis buat anak tunggalnya itu. Bahkan, dia turut memberi ucapan khas buat Aleesya di Instagram.

Sumber: Engku Emran

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×