Pelakon Noorkhiriah berkongsi detik seram apabila terbau kapur barus semasa sedang memandu.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata Tak Berhenti Lakon Babak Masuk Liang Lahad, Noorkhiriah Pesan Jangan Sesekali Tinggal Solat

Bau kapur barus

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie menceritakan perjalanannya yang didakwa diganggu oleh mahluk halus.

Ujarnya, dia hanya mampu berfikiran positif dan berzikir sepanjang bau tersebut muncul secara tiba-tiba.

Bau kapur barus ikut balik. Korang boleh bayangkan, sorang-sorang bawa kereta, hujan dan jalan sesak.

Tiba-tiba bau kapur barus melekat di hidung. Bukan tengah malam tapi tengah jalan. Nak berhenti celah mana, jalan sesak, nak tak nak teruskan juga bawa kereta.

Memang tak pandang dah cermin belakang. Jantung laju macam nak terbang. Lutut gigil dan bau makin lama makin kuat tapi tak busuk.

Akhirnya buka lampu, buka tingkap dan dada melekat di stereng sebab membongkok bawa kereta. Seram.

Sampai Highway Duke bau hilang. Pasang ngaji boleh pulak iklan. Serba tak kena.

Akhirnya, tarik nafas, senyum, zikir. Dari lapar terus kenyang.

‘Balik lah ke dunia kau’

Pelakon serba boleh berusia 49 tahun menitipkan pesanan untuk elakkan memandu secara berseorang walaupun di siang hari.

Dalam masa yang sama, pelakon drama ‘Nur’ ini turut menjadikan hal ini sebagai pengajaran buatnya.

Yang nyata mana-mana dia nak muncul, dia akan muncul.

Minta jangan kacau kita. Balik lah ke dunia dia. Kita masing-masing ada dunia kita.

Siapa yang belum kena jangan meminta dan siapa pernah kena jauhkan daripada memandu secara berseorangan.

Memang pengajalan betul. Selama hari ini bawa kereta sampai utara selatan, tiada jadi apa-apa.

Tapi mungkin saya ada lalu di laluan dia nak balik agaknya.

Sumber: Instagram @khiriah17, TikTok @melodiberapi