Bagi ‘Edisi Salam 2013,’ pihak majalah NONA bakal menampilkan dua ikon primadona muslimah iaitu Noorkumalasari dan Aida Khalida sebagai penghias muka depan majalah mereka.
Nampaknya kedua-dua ikon muslimah ini kelihatan sungguh anggun dan ayu tatkala menggayakan hijab ala turban dan selendang.
Meskipun penampilan mereka kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya elemen busana rona oren terang, ia mampu menyerlahkan lagi aura pesona buat kedua-dua individu ini.
Menerusi tahun ke-27 majalah NONA terus unggul berada di pasaran tempatan, pihak majalah tersebut bakal mengetengahkan pelbagai isu menarik antaranya adalah ‘Extra Fabulous Trend Fesyen,’ ‘Busy Body! VIP Ditendang Masuk Longkang,’ dan yang paling menarik ‘Noorkumalasari dan Aida Khalida berkongsi cerita khabar Primadona mereka.’
Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan ketinggalan untuk dapatkan majalah NONA dipasaran!