Pelakon Nora Danish menitip pesanan dan harapan buat putera sulungnya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Proses Penghijrahan, Saya Tak Mahu Orang Nampak Saya Ini Sangat Suci & Alim’ – Nora Danish
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Rayqal Nampak Macam Adik Dengan Kakak
Buah hati mommy
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Rayqal dilihat bersama Nora dan ayahnya, Rizal Ashram Ramli serta ahli keluarga lain yang turut hadir pada malam sambutan hari kelahirannya.
Pada kapsyen, Nora sempat meluahkan rasa syukur atas kelahiran Rayqal yang ke 16 tahun.
Alhamdulillah syukur. Happy 16th birthday, buat hati mommy.
Saya tak percaya masa berjalan sangat pantas.
Melihat Rayqal membesar menjadi seorang yang baik, kuat dan hebat seperti hari ini adalah salah satu kegembiraan terbesar dalam hidup.
Saya sentiasa bangga dengan Rayqal.
Saya sentiasa berada di sini untuk menyokong dan membimbing bagi setiap langkah perjalanan.
Apa yang meraih perhatian, kedua-dua bekas suaminya serta pelakon Fasha Sandha turut hadir meriahkan majlis.
Jangan lupa solat
Dalam pada itu, Nora turut mengingatkan anak sulungnya itu untuk tidak lupa melaksanakan perkara wajib sebagai orang Islam.
Jangan lupa solat, baca Al-quran, berzikir dan sentiasa berdua.
Bukan itu sahaja, Nora juga mengharapkan agar tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi dengan gelak tawa dan kejayaan dalam apa sahaja yang dilakukannya.
Sumber: Instagram noradanish