berita

Nora Danish Bidas Perspektif Peminat Terhadap Nadeem

July 31st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nora-Danish

Sebelum ini pelakon comel, Nora Danish pernah dikaitkan bercinta dengan seorang anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Nadeem, akan tetapi pelakon tersebut telah menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.

Namun begitu pelakon genit ini pernah akui bahawa dia tidak akan menolak sekiranya bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.

Artikel Berkaitan :

Terbaru, Nora Danish telah memuat naik beberapa fotonya bersama Nadeem di laman Instagram dan melalui sekeping foto yang dikongsikan itu, terdapat segelintir peminat telah memberi tanggapan buruk terhadap jejaka tersebut sehingga membuatkan aktres jelita ini terpaksa membidas perspektif berkenaan.

Menurut Nora Danish, dia lebih mengenali Nadeem dan meminta agar semua peminatnya turut menghormati jejaka tersebut seperti mana yang dilakukan olehnya.

Nora Danish Insta

Nora Danish 2

 Nora Danish bersama Nadeem

Dalam pada itu, Nadeem turut memberi respon terhadap tanggapan negatif tersebut, di mana menurut Nadeem, dia hanya mencari rezeki yang halal dan menegaskan bahawa sebagai seorang lelaki sejati, tidak salah sekiranya dia ingin memakai T-Shirt bewarna pink atau sebagainya.

Nadeem

Meskipun begitu, masih ada peminat yang gembira dan bersetuju sekiranya mereka bertemu jodoh.

Apa pun, jom layan beberapa foto menarik Nora Danish bersama Nadeem selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Nora Danish

SKIP THIS AD ×