berita

Foto: Nora Danish Hadir Majlis Cukur Jambul Anak Fasha Sandha

September 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-16 at 10.55.44

Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsungnya majlis cukur jambul bayi sulung kesayangan Fasha Sandha iaitu Putra Rayfal Ramli.

Majlis itu bagaimanapun kelihatan lebih istimewa apabila Nora Danish dan keluarganya turut sama hadir meraikan Rayfal.

Melalui foto-foto yang dikongsikan oleh Nora di Instagram, ramai peminat yang menyatakan rasa kagum dengan keperibadian pelakon itu setelah hubungannya dengan Fasha kembali berbaik.

Screen Shot 2013-09-16 at 11.03.26

Fasha dan anaknya, Putra Rayfal Ramli

Umum tahu bahawa Rayfal adalah anak kedua suami Fasha, Rizal Ashram yang mana sebelum ini pernah berkahwin dengan Nora Danish dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli.

Sebelum ini Nora pernah membuat kejutan kepada semua peminatnya apabila melawat Fasha yang sedang berpantang dan bayinya yang baru dilahirkan.

Sejak dari itu, peminat mula menarik nafas lega melihat pada hubungan baik yang kembali terjalin antara Nora dan Fasha.

Malah, Nora dan keluarganya turut meluangkan masa beraya bersama keluarga bekas ibu mertua di samping Fasha dan suaminya.

Kisah Nora dan Fasha ini lebih kurang sama macam Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Tetapi baguslah kesemua mereka dah tak bermasam muka lagi.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan foto-foto dan video sepanjang majlis cukur jambul Rayfal untuk tatapan anda.

Screen Shot 2013-09-16 at 12.05.57

Kredit video dan foto: Instagram Nora Danish dan Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×