berita

Nora Danish Respon Isu Menunjuk Dalam Solat

July 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Nora Danish 1

Minggu lalu OHBULAN! ada melaporkan bahawa niat murni pelakon genit, Nora Danish untuk berkongsi foto-fotonya menunaikan solat Tarawih menerusi laman Instagram telah disalah ertikan oleh peminat sehingga ada yang memandang serong terhadap niat sucinya itu.

Artikel Berkaitan :

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian Online, pelakon comel ini telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut. Menurut Nora Danish, dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam solat dan menganggap isu berkenaan tidak seharusnya timbul.

Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja.

Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.

Nora Danish 4

Nora Danish bersama bekas ibu mertuanya, Raja Nora

Mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit, pelakon filem Mencari Cinta ini turut menegaskan bahawa dia lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada layan dan membalas kritikan-kritikan peminat menerusi laman sosial tersebut.

Bagi pelakon wanita ini, masih ramai lagi peminat-peminat yang menyokong serta sayang akan dirinya berbanding mereka yang mengkriti dan memandang serong terhadap niat sucinya itu.

Apa pun, untuk semua peminat yang sayangkan Nora Danish, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto terkini pelakon wanita tersebut sewaktu menunaikan solat Tarawih bersama keluarga.

Kredit Foto : Instagram Nora Danish

SKIP THIS AD ×