Pelakon jelita Nora Danish mengambil pendekatan untuk sentiasa mengingatkan anaknya tentang ibadah sebagai seorang Muslim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Bahagia Kerana Bapa Meninggal Dunia Ketika Kecil’ – Nora Danish
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Proses Penghijrahan, Saya Tak Mahu Orang Nampak Saya Ini Sangat Suci & Alim’ – Nora Danish
Pesanan untuk anak
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora memuat naik tangkap layar perbualan bersama anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram di aplikasi WhatsApp.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif mengucapkan selamat hari lahir kepada Rayqal dan menitipkan nasihat buatnya.
Happy birthday son. Apa yang mommy nak adalah, Rayqal solat lima waktu sehari dan zikir, Allahuakbar.
Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak.
Ganti solat
Pada hantaran yang sama, pelakon filem Polis Evo itu berkata, dia perlu selalu mengingatkan anak-anaknya supaya tidak meninggalkan solat.
Menurut Nora, jika tidak kelak mereka akan sukar untuk mendirikan ibadah wajib tersebut.
Budak-budak memang kena ingatkan mereka sepanjang masa. Jangan pernah letih ibu-ibu semua. Terutama anak lelaki, setuju tak?
Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang, jenuh nanti.
Untuk info, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia tujuh tahun.
Bagaimanapun, Nora dan Nedim bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
Sumber: IG Nora Danish