Penyanyi Noraniza Idris, tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung penataan gayanya dalam poster Konsert Qalam Noraniza Idris yang dijadualkan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 27 hingga 29 September ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Alami Kemurungan Sampaikan Benci Dengar Perkataan Konsert’ – Noraniza Idris
Salah satu budaya di Melaka
Menurut Noraniza Idris atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, itu adalah salah satu pakaian tradisi di Melaka.
Budaya Melaka kan, pakai sanggul lintang. Tak tahukah? Melaka ada budayanya. Jadi, kita masuk ke Melaka, kita masuk dengan budayanya. Bukan Chinese New Year. Faham tak?
Tambah Kak Ani, budaya di negeri Melaka juga mempunyai pengaruh besar dari China dan budaya mereka.
Itu, kita pegang keris, bukan macam ini (genggam tangan ala orang Cina). Tengok betul-betul akak punya poster. Memang nampak Cina sebab Melaka kan ada pengaruh China yang besar. Dondang Sayang, Baba Nyonya, betul tak pengaruh dari China itu besar?
Kalau tengok elemen-elemen bangunannya semua kan. Kena faham dan kaji dia punya sejarah.
Terdahulu, Kak Ani memberitahu Konsert Qalam mengetengahkan konsep dalam pertandingan di mana ia menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.
Koreografi bagi kesemua persembahannya untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana perlu diadili oleh para juri pada malam konsert tersebut.
Konsert yang dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari pada 27 hingga 29 September depan.
Sumber: Noraniza Idris