Norish Karman dikatakan menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu. Namun begitu, semangatnya untuk menghabiskan watak sebagai ‘Zainab’ menerusi drama bersiri ‘Julia’ di Slot Akasia TV3 tetap menebal apabila pelakon ini sanggup datang ke set penggambaran sambil berkerusi roda.
Menurut Norish, meskipun pihak produksi faham dengan keadaannya, akan tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pelakon dia sanggup datang ke lokasi penggambaran ‘Julia’ bagi menghabiskan baki babak lakonannya.
Menyentuh mengenai kesakitan yang dialaminya, Norish memaklumkan bahawa pada Ahad lalu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan temannya, secara tiba-tiba dia diserang sakit belakang.
Sebaik sahaja pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam dan merehatkan diri di kamar, Norish tiba-tiba tidak boleh bangun dan berasa separuh lumpuh.
“Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pastinya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan.”
“Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor memaklumkan saya mengalami penyakit ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil” ujar Norish Karman kepada pihak Harian Metro.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)