berita

‘Normal Ke Czer Sis?’ – Baju Macam Nak ‘Bersalin’ Pesakit Covid-19 Di MAEPS Jadi Perhatian

January 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen apabila beberapa video di pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang sesak dengan pesakit Covid-19. Namun, segala spekulasi itu terjawab apabila salah seorang pesakit yang ditempatkan di pusat kuarantin itu menceritakan keadaan yang sebenar.

Artikel Berkaitan: Isu Kepadatan Pesakit Covid-19 Di MAEPS Serdang, Pesakit Tampil Ceritakan Hal Sebenar

Terbaru, salah seorang pesakit Covid-19 dikenali sebagai Raffil Jamir, yang turut ditempatkan di MAEPS Serdang, tampil menceritakan pengalamannya. Namun, perkongsiannya kali ini, menjadi bahan jenaka netizen.

Keadaan terbaik

Jelas lelaki itu, keadaan di pusat kuarantin itu adalah sangat selesa dan dia amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mengenai video sesak yang tular sebelum ini, dia menjelaskan mereka itu sedang beratur dan menunggu giliran untuk discaj dari pusat kuarantin itu.

Bukan sebab mengandung

Namun, apa yang menarik perhatian apabila lelaki ini memakai pakaian hospital berwarna merah jambu dan disalah erti oleh netizen. Netizen sempat ‘berjenaka’ dan beranggapan lelaki ini sedang mengandung dan menunggu giliran untuk melahirkan anak.

Pakaian pink jadi bahan

Normal ke czer?

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan pakaian tersebut dan sempat berjenaka dengannya. Tidak berakhir di situ, terdapat juga netizen yang ‘keliru’ dengan penyakitnya dialaminya berikutan warna pakaian yang dipakainya.

Sumber: Raffil Jamir

SKIP THIS AD ×