berita

Isu Kepadatan Pesakit Covid-19 Di MAEPS Serdang, Pesakit Tampil Ceritakan Hal Sebenar

January 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, tular beberapa video di media sosial menunjukkan keadaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang sesak dengan pesakit Covid-19. Video tersebut secara tidak langsung, membangkitkan kerisauan warganet jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi mampu menampung pesakit Covid-19 yang semakin bertambah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas…’ – Pusat Kuarantin MAEPS ‘Sesak’ Dengan Pesakit Covid-19

Namun, segala kegusaran itu terjawab apabila seorang pengguna Twitter, dikenali sebagai Affie Chan tampil menceritakan situasi sebenar di pusat kuarantin itu.

Thread menjawab segala persoalan

Menerusi thread tersebut, lelaki itu menceritakan keadaan sebenar di pusat kuarantin MAEPS Serdang. Segala persoalan yang diajukan oleh pengikutnya di media sosial, dia akan sertakan sekali video dan gambar sebagai bukti. Jelasnya, keadaan di situ tidaklah menakutkan seperti mana yang digembar-gemburkan oleh netizen.

Keadaan di situ adalah sangat bersih dan selesa bagi mereka.

Keadaan tandas

Jelasnya lagi, tandas yang disediakan adalah bersih dan terdapat enam tandas bagi menampung kegunaan pesakit di situ. Tambahan pula, pihak KKM dipuji oleh mereka kerana memfokuskan aspek keselesaan para pesakit yang berada di situ.

Sistem makanan

Manakala, dari aspek makanan pula, makanan yang dihidangkan adalah sangat sedap dan mencukupi. Tidak berakhir di situ, para pesakit di situ juga ‘ringan tulang’ membantu petugas kesihatan dalam mengedarkan makanan. Proses tersebut secara tidak langsung memudahkan tugas barisan hadapan yang berkhidmat di situ.

Berisiko rendah

Jelasnya lagi, kesemua pesakit yang ditempatkan di MAEPS Serdang, berisiko rendah dalam menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Oleh sebab itu, mereka ditempatkan secara beramai-ramai dan boleh berkongsi kemudahan yang ada.

Tambahan pula, keadaan di situ adalah sangat sejuk berikutan penggunaan pendingin hawa yang dipasang tanpa henti. Malahan, pesakit bukan warganegara juga telah diasingkan di dewan yang berbeza. Dari segi keselamatan pula, lelaki ini menceritakan keadaan di situ adalah selamat, dan sehingga kini tiada sebarang kes kecurian dilaporkan.

Sumber: Affie Chan

SKIP THIS AD ×