berita

Norman Hakim Kongsi Perasaan Takut Kehilangan Memey. Lepas Baca Ini Mesti Anda Menangis.

April 9th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-04-09 at 11.15.18 AM

Tepat jam 9.57 malam tadi, pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Wah! Seronoklah Awishz ada kawan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Tapi, ada perkara lebih penting yang kami ingin kongsikan.

Tersentuh hati kami tatkala membaca kapsyen yang ditulis oleh Norman. Uwaaa..rasa nak menitis air mata kita sebab terharu wak!

Abang Antara Saksi ‘Perjuangan’ Sayang

Serupa tapi tak sama..dua situasi yang berbeza.Gambar kanan; Momen sebelum kelahiran dalam #labourroom.Ajak selfie tapi baru perasan kantoi muka cuak.Gambar kiri; Momen selepas kelahiran,keluar dari #labourroom ,nampak muka relief kat situ.TAPI wifey @memeysuhaiza ,sebelum ke..selepas ke..muka maintain tetap sama.Maha Kuasa Allah dicipta ‘suatu kekuatan’ yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya “kenapa payang”?Skrip jawapan saya tetap sama “dah sampai masa ke love?”Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza …abg antara saksi ‘perjuangan’ sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu… “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih…

A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Menurut Norman, dia merupakan saksi perjuangan Memey melahirkan zuriat buatnya. Malah, Norman turut memuji kekuatan yang Allah berikan kepada setiap kaum hawa dalam situasi yang kaum Adam sendiri tak dapat merasa dan membayangkan.

Aku Takut Sangat Ni Ya Allah Kalau Aku Hilang Dia

Screen Shot 2015-04-09 at 11.28.56 AM

Fuh! Berkaca mata kami apabila membaca doa ikhlas dari seorang suami kepada isterinya yang berjuang mati-matian demi melahirkan zuriat buat suami tercinta.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah. Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah. Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia. Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA. Terima kasih Allah, terima kasih para malaikat, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan. Terima kasih…

Kami di OHBULAN! mendoakan yang terbaik buat keluarga ini. Alangkah bahagianya kehidupan Memey dapat suami yang betul-betul mencintai dan menghargai.

SKIP THIS AD ×