Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman memberi pesanan untuk tidak merasakan diri lebih baik daripada orang lain.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Jawab Dakwaan Netizen, Nafi Ambil Kesempatan Perguna Pembantu Rumah Berniaga Cilok
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kena Sepak, Tolak, Kaki Luka Sampai Menangis’ – Norreen Iman Dakwa Anak Jadi Mangsa Buli Berulang Kali Di Sekolah
Pesanan buat orang toksik
Menerusi perkongsian di TikTok, Norreen menjawab pertanyaan pengikutnya yang meminta untuk berikan kata-kata kepada orang toksik.
Pertama sekali kita jangan fikir yang kita lagi bagus daripada dia sebab kalau kita rasa lebih bagus daripada orang lain, kita kena fikir kita lagi teruk daripada dia.
Bila kau dah mula bandingkan ‘orang ni toksik, aku lebih baik’ tak lama lagi benda itu akan terpalit juga dengan diri kau sebab kau rasa diri kau lebih baik daripada orang lain.
Menurutnya, cara untuk menghadapi orang toksik adalah dengan tidak memberi sebarang perhatian kepada orang tersebut.
Jadi kalau kau rasa kau dah melalui banyak perkara buruk dengan orang tersebut, jauhkan diri dan mendiamkan diri. Orang toksik ni suka buat kerja laju-laju tapi kau slow je. Kau hanya jalani hidup kau dan rileks sahaja.
Baru lah orang tu akan kancheong (cemas) dan Insya-Allah satu hari nanti dia akan sedar kenapa orang menjauhkan diri.
Sumber: TikTok