Pelakon dan personaliti media sosial Norreen Iman mengajak semua umat Islam untuk mempertingkatkan amal ibadah sempena 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norren Iman Tak Putus Doa Minta Nak Tunai Umrah Dengan Suami – ‘Tak Satu Bilik Takpa, Asalkan Ada Sekali’
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Tak Dapat Tahan Sebak, Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah – ‘Paksa Diri, Carilah Ilmu’
Risau hidup tak lama
Menurut Norreen dia mahu mengejar malam Lailatul Qadar dengan mempertingkatkan amal ibadah. Bukan itu sahaja, dia turut mengajak orang ramai untuk qiyam bersama-sama.
Banyak-banyaklah kita berdoa ye InshaAllah solat dan doa kita akan diterima. Mari gandakan amal ibadat, mana tahu kena pula malam Lailatul Qadar. Jom la kita Qiyam sama-sama kat memana, nanti saya roger?
Saya risau, kot-kot lah hidup tak lama, tak sempat nak cover balik apa yang saya buat dulu, dah menyesal tak cukup amal. Begitulah. Jadi malam Lailatul Qadar la orang macam saya ni kena kejar.
Tambah Norren, dahulu dia merasakan semua perkara yang dilakukan olehnya tidak cukup waktu jika dibandingkan sekarang.
Dulu selalu rasa ‘banyak lagi masa’ so boleh buat later padahal dalam hati selalu feel macam tak cukup waktu. Semua tak sempat je kerja, masa cepat noh la jalan.
Sekarang saya rasa macam, masa tu betul-betul ada, banyak benda saya boleh buat dalam sehari. Malah, lebih tenang. Kalau nak cakap rezeki. Tak tau lah nak explain macam mana. Saya dinasihatkan untuk berdoa, biarlah dikurniakan rezeki yang afiyah dan barakah jadi saya dan keluarga dapat dekatkan diri kami lagi pada Dia.
Alhamdulillah, sekarang saya faham apa maksud doa itu.
Sumber: Norreen