Bazar ramadan Tok Adis di Terengganu baru saja terima notis penutupan operasi buat sementara waktu kerana gagal mematuhi penjarakan sosial sepertimana disarankan kerajaan. Malah, Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) memberi notis penutupan berkuat kuasa selama 15 hari sehingga 30 April ini.
Artikel berkaitan: Bazar Ramadan Di Terengganu Pertama Ditutup Kerana Gagal Patuhi SOP
Terbaru, memetik laporan Sinar Harian, penutupan operasi bazar Ramadan Tok Adis dipertimbangkan semula oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar iaitu Dr Alias Razak dan hanya ditutup selama tiga hari sahaja.
Masih dalam pemantauan
Keputusan itu dibuat setelah pihak penganjur memberi jaminan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kepada Dr Alias Razak. Namun bagaimanapun, bazaran Ramadan tersebut masih lagi dalam pemantauan JKNT iaitu Dr Nor Azimi Yunus.
Bazar Tok Adis sebelum ini diarahkan tutup 14 hari ekoran gagal mematuhi SOP namun dipertimbangkan untuk beroperasi lebih awal selepas penganjur memberi jaminan untuk patuh SOP. Perkembangan ini diharap memberi kelegaan kepada peniaga setelah dua hari tidak dapat beroperasi.
Pihak penganjur perlu memastikan semua pengunjung mematuhi SOP bagi membolehkan ia terus dibenarkan beroperasi.
Bazar Ramadan Tok Adis merupakan bazar pertama diarahkan penutupan operasinya di negeri Terengganu susulan pengunjung dan peniaga gagal mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga berlakunya kesesakan.
Sumber: Sinar Harian