berita

Nourul Depp Pesan Simpan Kad Vaksinasi, Sangat Berguna Di Luar Negara – ‘Patut Lepas Vaksin Nurse Suruh Laminate’

September 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Nourul Depp kini sudah tiba di Bali, Indonesia bersama keluarga selepas selesai menjalani kuarantin selama lapan hari di Jakarta.

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Tak Ikut Sekali Ke Bali, Nourul Depp & Keluarga Jalani Kuarantin Di Jakarta

Jangan hilangkan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nourul mengingatkan kepada orang ramai untuk menyimpan kad vaksinasi di tempat selamat.

Menurut pemilik nama Noorul Huda Abdul Wahab berkata kad tersebut sangat berguna untuk kegunaan di luar negara kerana di sana mereka tidak menggunakan sijil vaksinasi lengkap atas talian.

Maklumat yang berguna itu dikongsikan menerusi sebuah rakaman video pendek yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.

Nurse pun ada pesan juga

Perkongsian itu telah mendapat respon positif daripada kalangan pengikut Nourul. Rata-rata wargamaya mengucapkan terima kasih atas informasi yang sangat bermanfaat untuk digunakan di masa depan.

Dalam pada itu, ada juga penguna yang menyuruh pelantun lagu Kerana Terluka itu untuk laminate kad berkenaan.

 

Sumber: Instagram @nouruldepp

SKIP THIS AD ×