berita

Nurul Hidayah Zahid Hamidi, Suami Didenda RM800 Mengaku Salah Ingkar PKP

May 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial gambar anak kepada tokoh politik Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang memuat naik beberapa keping gambar keluar berduaan bersama suaminya. Foto tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana dia didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Terkini, menerusi Free Malaysia Today, dia dan suami telah didenda pihak mahkamah selepas didapati bersalah melanggar PKP.

Keluar bersama suami langgar PKP

Sebelum ini, dia telah memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing bersama suaminya. Foto berkenaan telah menjadi persoalan netizen kerana berlaku sewaktu tempoh PKP.

Boleh dipenjara 6 bulan

Mereka berdua telah didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku bersalah melanggar PKP. Majistret Shah Wira Abdul menjatuhkan hukuman terhadap mereka selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepada mereka. Hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan melanggar PKP adalah denda maksimum RM1,000, penjara 6 bulan, atau kedua-duanya.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×