Spekulasi hubungan istimewa antara penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab dan seorang lelaki Perancis bernama Eric Depp seperti yang dipaparkan dalam artikel Nurul Wahab Ke Jabatan Agama terjawab jua apabila beliau mengesahkan akan mengahwini jejaka itu pada 6 Jun ini di Dutchess, Jalan Ampang. (Sumber : Utusan Malaysia)
Pengumuman ini dibuat secara serentak dengan majlis pradengar album mini yang diterbitkan sendiri oleh komposer, Andi Merican.
Perkahwinan kali kedua ini bukan sahaja disambut baik oleh anak tunggalnya, Ayu Nadhira, malah amat ditunggu-tunggukan. Difahamkan, majlis resepsi ini akan diadakan secara serdahana dengan jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terapat sahaja.
Perkahwinan kali pertama Nurul Wahab bersama Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas bertahan selama 11 tahun dengan penceraian secara baik pada tahun 2007.