Memetik laporan Sinar Harian hari ini, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah berkata dia tidak pernah timbul perasaan cemburu terhadap isteri pertama malah menganggap ia adalah salah satu rezeki dalam menjalani hidup bermadu.
Artikel berkaitan: Benci Gelaran Perampas, ‘Madu’ Minta Isteri Pertama Tengok Semula Kekurangan Diri – ‘Kenapa Dia Cari Saya’
Artikel berkaitan:[VIDEO] ‘Bukan Senang Nak Dapatkan Cinta Suami Orang, Kena Sedar Diri Kita Dah Ambil Hak Orang’ – Zarina Zainuddin
Berikutan daripada itu, pelakon, Zarina Zainuddin tampil menyatakan bahawa rasa cemburu, sakit hati dan makan hati merupakan rempah ratus yang perlu dilalui terlebih dahulu dalam kehidupan bermadu.
Penipu kalau tak ada rasa cemburu
Penipu la tak ada rasa cemburu, sakit hati, makan hati semua rempah ratus tu kau kena lalui dulu. Gaduh-gaduh dulu ingat senang ke nak masuk dalam hidup orang kita ni strangers buat mereka. Its take me berbelas tahun untuk faham isi hati dan cuba selam balik perasaan dia.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah pokok pangkal diri sendiri sabar, sebab dua-dua yang bermadu ni berperang dengan hati dan perasaan masing masing, Kalau dua-dua gaduh kesianlah suami dah macam orang gila nak tipu bini sana nak pujuk bini sini. Akan ada kejadian bila raya kau makan hati suami tak balik, kau raya la dengan anak-anak pagi raya. Orang minta maaf dengan suami kau suami sorok sorok curi call kau meraung salam raya dalam phone.
Menurut Zarina, tak best pun ‘curi’ laki orang. Ini kerana, ramai yang akan pandang rendah. Namun begitu, Zarina memberitahu dia tiada pilihan lain dan memilih untuk setia dengan suami. Mengulas mengenai kisah Nurulhidayah, Zarina berkata wanita tersebut mungkin seorang yang berduit. Oleh itu, dia tidak mengharapkan apa-apa daripada suami.
Part Nurul mungkin sebab dia berduit bolehlah, yang tak ada duit yang harapkan suami entahlah. Kalau boleh janganlah curi laki orang, kau pinjam ke kau share ke memang tak best yang part best bila suami sakit dua-dua berebut bergili-gilir nak jaga. Baru tahu takut suami tu jadi apa-apa. Saya belajar sayangkan madu saya. Anggap dia macam kakak. Dia marah ke apa ke saya terima. Mula-mula saya melawan juga tapi bila saya tengok betul-betul nasib dia, saya jatuh sayang dan berjanji akan bahagiakan dia selagi saya ada nyawa.
Sumber: Budak Ijat