Masyarakat kita memang sudah tidak asing lagi dengan budaya adanya persembahan nyanyian dan memasang lagu-lagu cinta sewaktu majlis perkahwinan. Boleh dikatakan hampir di setiap majlis, banyak lagu-lagu ini dinyanyi dan dimainkan sehingga kadang-kala lagu yang kurang bersesuaian juga turut kedengaran.
Baru-baru ini, Mufti Perlis, Dr. Maza turut meluahkan pandangan peribadinya berhubung perkara tersebut selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Tak faham
https://www.instagram.com/p/B5Oxe13FqNr/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi satu posting di laman Instagramnya, Dr. Maza seolah-olah tidak memahami mengapa lagu-lagu cinta yang mempunyai makna menyedihkan dinyanyi dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Katanya, pihak yang ditugaskan untuk menyanyi atau menjaga lagu dalam setiap majlis sepatutnya lebih bijak dalam pemilihan lagu mereka agar ia kelihatan lebih bersesuaian dan indah.
Reaksi netizen
Posting yang dibuat Dr. Maza itu ternyata mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram. Ramai dalam kalangan mereka yang bersetuju dengan luahan yang dibuat mufti itu, malah tidak kurang juga ada yang turut memberikan pandangan peribadi mereka tentang perkara tersebut.
Sumber: Instagram Dr. Maza