Program realiti nyanyian terbaru TV3, Vokal Mania telah sampai ke peringkat separuh akhir Sabtu lepas. Rookie yang melangkah ke peringkat ini berjaya membuat persembahan yang memukau semasa persembahan melawan idol mereka.
Bermula dengan 24 rookie, hanya 8 yang bertanding iaitu, Afieq Shazwan, Danial Chuer, Alif Kadim, Yuveena, Aisha Retno, Eranzz Lambert, Daus Husny dan Fatin Afeefa. Bagaimanapun atas faktor kesihatan, Fatin telah menarik diri dan sekaligus memberi ruang buat Aedy Kama mara bersama yang lain.
Bertanding lagu solo
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu menyaksikan 8 orang rookie menyampaikan sebuah lagu solo bagi merebut tempat ke peringkat akhir.
Eranzz Lambert yang membawa lagu ‘I Don’t Want to Miss a Thing’ telah menerima pujian hebat daripada kedua-dua juri tetap iaitu Misha Omar dan Yusri Abdul Halim. Tidak ketinggalan Afieq Shazwan dengan lagu Kau Pun Sama, Yuveena dengan Sampai Bila, Danial Chuer dengan lagu Sumpah dan Aedy Kama dengan lagu medley Bohemian Rhapsody dan Joget Angan Tak Sudah juga diberi pujian atas persembahan mereka.
Manakala Aisha Retno dengan lagu Hurt, Daus Husny dengan Purnama dan Alif Kadim dengan lagu Seniman Menangis masing-masing menerima beberapa tips dan nasihat untuk menjadi yang lebih baik.
Persembahan Cik B Terima Kritikan
Selain persembahan rookie, antara yang mendapat perhatian ketika separuh akhir ialah persembahan oleh Cik B! Sebut je nama Cik B sudah pasti ramai yang mengenalinya. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin juga telah tampil dengan sebuah single berjudul Tolonglah di mana tontonan di Youtube telah mencecah hampir 4 million views!
Cik B yang tampil membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali di Vokal Mania itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai kritikan netizen. Rata -rata netizen mempertikaikan kebolehan remaja 15 tahun itu untuk menjadi seorang penyanyi dan ada yang menyatakan bakat terpendam Cik B itu biarlah ‘disimpan’ sahaja.
Kadang2 “bakat terpendam” macam Cik B ni biarlah duduk terpendam je pic.twitter.com/yYYO0HkrAF
— ???? ? (@AzlilAdzif) December 12, 2020
Cik B tampil menyatakan bahawa dia nervous kerana kali pertama beraksi di atas pentas dan mengakibatkan mulutnya kering. Dia juga kecewa dengan kecaman netizen yang sering mempersoalkan kebolehannya dan menggunakan kekayaan ibunya untuk popular secara pantas.
Bagi mereka yang terlepas dengan apa yang berlaku ketika pusingan separuh akhir Vokal Mania itu boleh menyaksikan siaran ulangan di laman Youtube. Jangan lupa juga untuk saksikan pusingan akhir Vokal Mania, Sabtu jam 9 malam hanya di Tv3, laman YouTube TV3 Malaysia dan Tonton!