berita

Nyanyian Mantap Di Kedai Elektronik Raih 7.7 Juta Tontonan, Remaja Buta Dapat Perhatian Sam Smith

February 9th, 2020 | by faris
Kini Trending

Nyanyian bersahaja dengan vokal mantap seorang remaja di kedai alat elektronik berjaya menawan hati netizen Twitter. Ramai yang tertanya-tanya gerangan sebenar remaja lelaki terbabit sehingga penyanyi asal lagu dinyanyikannya, Sam Smith turut memuji suara dan cuba mengenali siapa di sebalik suara berkenaan.

Sam Smith puji nyanyian

Mendendangkan lagu Too Good At Goodbyes, video nyanyian remaja itu dikongsikan semula oleh penyanyi berkenaan sambil memuji kualiti vokal ditunjukkannya dalam rakaman tersebut.

Siapa ini? Walau siapa pun anda, anda memang luar biasa.

Pengikut penyanyi itu kemudian mendedahkan siapa sebenarnya remaja terbabit. CarlMalone Montecido adalah bekas peserta program realiti nyanyian Filipina, Tawag ng Tanghalan. Carl merupakan orang kurang upaya penglihatan. Dalam pertandingan pada tahun 2016 itu, Carl meraih tempat kelima dan memenangi hadiah 100 ribu Peso.

Carle turut diberi jolokan Blind Balladeer setelah videonya meraih tontonan mencecah lebih 7.7 juta di laman sosial setelah dikongsikan pengguna Facebook Trixie Madison.

Ada saluran Youtube sendiri

https://www.youtube.com/watch?v=nlBITaGRq3Q

Carl juga mempunyai saluran Youtube sendiri di mana dia memuatnaik lagu-lagu dinyanyikan semula mengikut cara sendiri. Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata pujian betapa unik suara penyanyi istimewa ini daripada peminat seluruh dunia.

Sumber: Sam Smith, CarlMalone Montecido

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×