berita

Nyanyian ‘Terkucil’ Ketika Live 3 Tahun Lalu Disamakan Dengan Nabila Razali, Ini Respon Dato’ Siti

June 2nd, 2020 | by faris
Kini Trending

Baru-baru ini nyanyian live Nabila Razali menjadi bualan peminat apabila dia sedikit ‘terkucil’ ketika menyanyikan single terbarunya, Peluang Kedua. Seorang pengguna Twitter membandingkan kesilapan Nabila itu dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah tersalah teknik ketika persembahan Anugerah Bintang Popular 2017. Siti kemudian menjawab dan menerangkan keadaan sebenar berkenaan kejadian 3 tahun lalu berkenaan.

Jalani pembedahan kecil sehari sebelum kejadian

Siti menjelaskan, sehari sebelum persembahan berkenaan, dia menjalani pembedahan kecil untuk tujuan persenyawaan in vitro (in vitro fertilisation) dalam usaha hamil. Pembedahan itu adalah prosedur mengeluarkan ovum atau telur dan menyebabkan luka di bahagian perut.

Keesokannya, penyanyi kesayangan ramai ini menyertai acara berbasikal di waktu pagi sejauh 20km. Pada petangnya dia ke Putrajaya untuk sesi soundcheck di tapak acara ABPBH 2017 dan mula menyedari kemungkinan tidak boleh menyanyi dengan baik secara live.

Tidak melatah dengan penyebaran semula video itu, Tokti mengakui kelemahan dan menganggap kesilapan lalu sebagai pengajaran berguna untuk dirinya.

Pengajarannya, saya bukanlah robot boleh buat segala-galanya dan saya bukan muda macam dulu. Nyanyian saya malam tu saya rasa nyanyian paling teruk dalam sejarah. Tapi tak apa saya tahu saya ada menyanyi sumbang dan tahu sebabnya kenapa.

Sumber: Adelia Iman, Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.