Selepas 100 hari genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Palestin, lebih 4,000 tentera Israel kini bergelar orang kurang upaya (OKU).
Artikel Berkaitan: Konsert Milenia Tangguh Lagi, Hormat Pergolakan Di Bumi Palestin
4,000 askar jadi OKU
Menerusi laporan Walla Israel, hampir 60 peratus daripada jumlah itu mengalami kecederaan serius di tangan dan kaki sehingga memerlukan anggota itu dipotong.
Kira-kira 12 peratus mengalami kecederaan dalaman membabitkan kerosakan limpa dan buah pinggang serta masalah organ dalaman lain yang pecah.
Israel bagaimanapun tidak mendedahkan rekod awam mengenai angka korban bagi mengelak semangat dalam masyarakat merosot. Namun sebelum ini, Israel pernah mendakwa sekurang-kurangnya 520 anggotanya terbunuh sejak tercetusnya konflik Gaza.
Sejumlah 4,000 tentera itu menerima status OKU mengikut klasifikasi tiga, yang bermaksud mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang diberikan kepada OKU dalam tentera Israel.
Sementara itu, Pejabat Media Gaza mendedahkan lebih 30,000 rakyat Palestin terkorban sejak konflik Israel-Palestin yang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu. Difahamkan, lebih 7,000 orang lagi hilang dengan 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
Sumber: The New Arab