Berita gembira buat pencinta makanan laut! Anda tidak tahu ingin makan di mana pada hujung minggu ini? Ayuh datang ke acara Seafood Festival 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini bersamaan 22 dan 23 Jun di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Di TIEN by PUTIEN
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: ‘Kampung Lah’ Saji 100 Hidangan Melayu, Resipi Turun Temurun Negeri Sembilan
Seafood Festival 2024
Seafood Festival 2024 yang dibawa khas oleh FriedChillies bersama Sunway Putra Mall ini akan mengumpulkan restoran, chef dan penggiat seafood yang paling hebat di bawah satu bumbung.
Daripada hidangan oyster segar kepada sashimi yang ‘gemuk-gemuk’, daripada menu fish and chips yang garing kepada ikan bakar yang pastinya makan hingga menjilat jari. Semuanya akan dijamu untuk peminat tegar makanan laut.
Menurut CEO FriedChillies dan Kaki Makan, Mohd Adly Rizal, festival ini akan menghimpunkan sebanyak 15 vendors makanan yang popular dari seluruh negara.
Sudah jadi kebiasaan bagi kami mencari tempat-tempat yang tersembunyi dan juga yang dihebohkan oleh foodie-foodie tempatan. Mengumpul mereka semua untuk satu pesta dan berkongsi dengan semua kaki makan KL memberi kepuasan kepada kami.
Memang sudah tiba masanya untuk seafood menjadi tumpuan utama. Acara seafood ini adalah ‘mampu dibeli’, jadi harapan kami semua yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadah-juadah yang dihidangkan oleh pakar-pakar seafood tanah air.
Tambah Adly, dia bersama beberapa kru FriedChillies telah pergi ke serata Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain untuk mendapatkan vendor-vendor yang akan membuat semua peminat seafood sangat bahagia pada acara tersebut.
Semasa acara ini berlangsung, 15 gerai akan berada di luar pusat beli belah yang akan menghidangkan seafood ‘extravaganza’ dan pengunjung boleh menikmati hidangan mereka di dalam ruang legar Sunway Putra Mall yang berhawa dingin. Menariknya lagi, meja dan kerusi juga disedikan khas.
Selain itu, ada di antara vendor yang akan menyediakan ‘tasting menu’ supaya pengunjung boleh merasai lebih banyak hidangan seafood dengan harga yang berbaloi.
Suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan yang diberi nama ‘Man vs Food’, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder oleh Chef Bob Adnin selaku cef di restoran Ombak Kitchen.
Pengunjung juga diminta hadir dengan pakaian santai tepi pantai dan mencuba nasib dalam ‘photo competition’ bertemakan ‘beach.’
Pilihan vendors tersedia
1. Penang Oyster Park
Setelah 13 lebih tahun membuat kajian, POP akan bawa oyster lokal (diternak khas untuk air bersuhu tropika) untuk dinikmati bersama mussel tempatan. Pada hari-hari pesta anda boleh cuba oyster yang segar yang dibawakan khas dari Penang, harganya juga berpatutan! Tiga oyster untuk RM12 sahaja!
2. Kingu Kongu
Ini adalah Izakaya lokal yang menyediakan hidangan Jepun santai yang Halal. Bayangkan maki yang penuh dengan umami, tamago montel dan rice bowls yang enak. Cubalah pizza sashimi di pesta ini di mana sashimi yang tebal dihidangkan atas kulit wantan. Setiap kulit yang garing akan sarat dengan sashimi segar, sos bawang putih dan keju. Nom nom nom, enak sekali!
3. MRos, Port Dickson
Pengusaha ladang udang ini akan datang dari Port Dickson (PD) dengan udang galah yang segar, terus dari ladang ternakan mereka. Udang galah ini akan dimasak dengan pasta dan juga digril, jadi anda semua akan puas hati dapat rasa udang di pesta ini. Harga berbaloi!
4. Ombak Kitchen
Bertempat di Bangsar, mereka membuat hidangan seafood gerai cajun bersama tiga sos istimewa. Anda boleh cuba udang dan sotong bersama mentega lemon, sos cajun istimewa dan juga sos cili coklat. Mereka juga akan menyediakan ketam cili dan oyster bakar. Yummy!
5. Grill Haven
Bayangkan roti yang berinti ebi (udang gemuk) dalam sos berkrim. Pada hari pesta mereka akan menyediakan ebi haven dan ebi mentai. Sos mereka memang sesuai dengan rasa udang. Inti dimasukkan dalam roll yang disapu mentega dan dibakar bersama paprika dan daun bawang. Oishi!
6. Ikan Bakar Bellamy
Ini nama otai dalam arena ikan bakar. Peminat-peminat ikan bakar tanah air memang suka akan rempah ratus yang digunakan dan juga kemahiran membakar. Mesti cuba ikan pari bakar dan juga sotong bakar di Ikan Bakar Bellamy.
7. Crispy Chippy
Teringin fish and chips? Tempat ini menyediakan fish and chips dari ikan perch dengan adunan butter yang ringan dan rangup. Mushy peas di sini memang secocok dengan fish and chips. Mereka juga akan buat kombo ‘Perch vs Dory’ khas untuk acara ini.
8. Cwtch Fish and Chips
Walaupun bertempat di kiosk tetapi kualiti masakan di sini setanding dengan restoran. Menu mereka ringkas supaya anda boleh betul-betul fokus kepada apa yang menarik. Ikan yang digoreng sempurna dalam adunan rangup. Untuk pesta ini, mereka akan fokus pada ‘Perch Fish and Chips’ yang dihidangkan dengan chips yang fluffy dan juga sos tartare yang lemak. Mereka juga telah bergandingan dengan Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob untuk menghasilkan sos lemak cili api yang memang layan dengan fish and chips mereka.
9. Top Catch
Tempat artisan ini mendapatkan seafood yang paling segar dari pengusaha makanan laut dan membuat hidangan-hidangan yang sedap seperti fish and chips, oyster goreng dan juga sashimi bowls. Hidangan power di sini adalah oyster goreng yang juicy and ikan shamo! Kalau anda peminat sashimi, nikmatilah sashimi mereka yang tebal dan segar masa pesta nanti, semua pada harga promosi.
10. Bolok Troops
Ini masakan seafood ala Thai. Mesti cuba sotong bakar. Meraka akan membawa hidangan baru ke pesta ini iaitu kerabu maggi oyster dan juga kerabu maggi sotong. Kalau anda suka seafood yang pedas-pedas masam mereka ada sos ikan thai yang digandingkan dengan seafood. Mantap!
11. Sushika
Maki mereka memang digemari ramai dan selalu dicari di pesta-pesta makanan. Jangan lupa untuk cuba Prawn Tempura Maki udang crispy dalam nasi sushi dan juga Unagi Maki unagi yang bersos pekat dalam seaweed roll.
Jangan lupa datang!
Sekadar info, FriedChillies adalah syarikat food media yang mengetengahkan tempat makan menarik kepada orang ramai sejak tahun 1997. Mereka adalah kru di sebalik pesta-pesta makan ikonik seperti I Eat Nasi Lemak, I Eat Burgers, Ayam Lejen dan FriedChillies Makan Best Series.
Setiap acara dirancang dan vendor dipilih dengan teliti. Ini bermakna hanya yang terbaik akan dikumpul dibawah satu bumbung untuk dinikmati oleh semua warga Malaysia. FriedChillies juga ada resipi-resipi, rancangan bertemakan makanan dan juga projek konservasi kuih bernama Projek KWIH yang dijalankan bersama Yayasan Hasanah. Layari web kami www.friedchillies.com atau ikuti kami di FB dan IG @friedchillies.