Pemergian beberapa permata seni sepanjang tahun 2024 telah meninggalkan kesan mendalam kepada peminat industri tanah air. Tiada lagi dendengan suara, gelak tawa dan jenaka sponton oleh mereka. Hanya melalui karya ditinggalkan menjadi medium pengubat rindu.
Kita imbas kembali perjalanan beberapa anak seni yang telah menghembuskan nafas terakhir sepanjang tahun lalu.
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: Syasya Rizal, Redza Rosli, Ina Naim Bertemu Jodoh & Istiadat Perkahwinan Diraja Antara Sorotan Hari Bahagia Sepanjang Tahun
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: Putri Anggun Lovellia, Sharifah Fatma Nour Jamalullail & Muhammad Jibril Antara Penyeri Rumah Tangga
1. Hamdan Senario – 5 Januari
Pelakon dan ahli kumpulan Senario, Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada 5 Januari 2025, jam 12.40 tengah hari di Johor Bahru selepas ditidurkan beberapa hari.
Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.
2. Jaafar Onn – 3 April
Pelakon dan pengacara berpengalaman, Jaafar Onn dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.30 pagi 3 April 2024.
Anak angkat kepada Jaafar iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melakukan prosedur endoskopi.
3. Hail Amir – 6 Mei
Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang 6 Mei 2024.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu telah menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL.
4. Nabil Mentor – 26 Mei
Bekas peserta program nyanyian Mentor musim pertama, Nabil Zamanhuri dilaporkan meninggal dunia pada pagi 26 Mei 2024.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah Ampang, akibat serangan jantung.
5. Pyanhabib Rahman – 4 Jun
Pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.
Allahyarham meninggal dunia seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 tahun.
6. Kamal Bakar – 24 Jun
Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 pagi 24 Jun 2024.
Allahyarham sempat dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka selama dua minggu akibat kanser paru-paru tahap empat dan dilaporkan dalam keadaan nazak.
7. Jay Jay – 4 Ogos
Penyanyi Jay Jay dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson Kota Damansara, pada malam 4 Ogos.
Menurut isteri Allahyarham, Zaitoon, 61, Jay Jay mengalami kegagalan organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
8. Nidza Afham – 14 Ogos
Penyanyi muda, Nidza Afham, 23, ditemukan meninggal dunia di sekitar jambatan Sungai Klang pada 14 Ogos.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang. Bagaimanapun, tiada unsur jenah dilaporkan.
9. Datuk S Atan – 16 November
Komposer legenda, Datuk S Atan disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang jam 3.35 petang 16 November 2024.
Sebelum itu, Allahyarham telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
10. Datuk Ahmad Nawab – 24 November
Allahyarham Datuk Ahmad Nawab disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang 24 November.
Berita sedih pemergian Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuh, Ahmad Khan Nawab Khan itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.
11. Lan Zailan – 19 Disember
Pelakon veteran Lan Zailan disahkan meninggal dunia pada usia 66 tahun kira-kira pukul 4.21 pagi 19 Disember di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman, al-Fatihah.