berita

‘Okay Je Lahir Berbeza, Kan?’ – Respon Neelofa Kepada Foto Gadis Ini Undang Pujian

August 25th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Kadang kala kekurangan yang ada pada diri kita itu lah yang membuatkan keyakinan diri kita semakin berkurang. Apatah lagi apabila kita melihat kelebihan yang ada pada orang lain yang tiada pada kita.

Hal ini sering dihadapi oleh seorang gadis bernama Ain yang sering berasa rendah diri terhadap fizikal wajahnya dan berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

‘It’s okay to be different, right?’

Gadis yang berusia 21 tahun ini berkongsi satu foto di twitter miliknya berserta kepsyen ‘its okay to be different, right?’ dan telah mendapat hampir 56 000 tanda suka oleh warganet.

Menurut Ain, wajah tersebut bukan lah kerana kemalangan tetapi wajahnya begitu sejak dari kecil lagi.

Kata-kata semangat Neelofa buat Ain

Paling mendapat perhatian warganet apabila pengacara dan usahawan muda, Neelofa turut meninggalkan kata-kata semangat buat Ain melalui twitter peribadinya sendiri.

Menerusi tweet tersebut, Neelofa ada mengatakan bahawa tidak perlu risau untuk menjadi yang berbeza dari orang lain. Neelofa juga turut memuji kecantikan dan keunikan yang ada pada diri Ain.

Cantik dengan cara tersendiri

Rata-rata warganet turut memberikan kata-kata semangat kepada Ain dan mengatakan Ain kelihatan cantik dengan caranya yang tersendiri.

Tiada beza, kita semua manusia

Ramai juga yang turut memuji kecantikan Ain dan bangga sikap tabahnya. Kita semua manusia, antara kita tiada yang berbeza.

Semangat seperti ini lah yang kita harapkan dari semua orang supaya mampu memberi sinar baru dalam kehidupan seseorang dan dapat meningkatkan keyakinan mereka.

Sumber: Ain