berita

Oktovia Manrose Syukur Dapat Anak Lagi Selepas 11 Tahun – ‘Hadiah Termahal Buat Saya & Suami’

December 22nd, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Oktovia Manrose mendedahkan pemberian zuriat dari Allah SWT selepas 11 tahun adalah hadiah yang tidak disangkakan.

Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Ilmu Ustazah Asma’, Peminat Sejuk Mata Tengok Perubahan Oktovia Manrose

Artikel Berkaitan: 6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU

Amanah dari Nya

Menerusi hantaran Oktovia di laman Instagram, dia meluahkan rasa syukur dan berjanji akan menjaga serta mendidik anak-anak dengan baik.

Pemilik nama Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman turut menyelitkan ucapan istimewa buat suaminya, Khairul Efsan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.  Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

Untuk cinta saya, Khairul Efsan, terim kasih kerana menjadi pasangan saya dan bapa kepada anak kita. Awak istimewa buat saya, setiap hari.

Awak adalah kekuatan saya. Semoga kita sentiasa berjalan di laluan kehidupan yang sama dan berpegangan tangan.

Difahamkan, pelakon tersebut selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu. Pelakon berumur 31 tahun itu kini mempunyai sepasang cahaya mata.

Terdahulu, Oktovia selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa pada 21 Disember 2021.

Sumber: Instagram @oktoviamanrose

SKIP THIS AD ×