berita

Meriahkan Raya Anda Dengan Kempen ‘Badan Wangi Poket Berisi One Drop Perfumes”

July 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan anda susah hati kerana poket anda masih kosong? One Drop Perfumes sedia membantu anda meringankan beban para pengguna untuk persiapan Raya dengan menawarkan duit raya sehingga RM2,000,000!

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah, One Drop Perfumes sekali lagi akan mencetuskan fenomena dan menggegarkan tanah air dengan Kempen ‘Badan Wangi, Poket Berisi’, yang telah memasuki tahun ketiga semenjak kempen hebat ini diperkenalkan.

Bagi memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini, One Drop telah memperuntukkan duit raya sebanyak RM2,000,000 bagi menjayakan “Kempen Badan Wangi, Poket Berisi” yang berlangsung sehingga bulan September 2012. Para pengguna mahupun pengedar berhak untuk memenangi duit raya tersebut kerana mekanisma kempen yang sungguh mudah. Peruntukkan duit raya ini akan diagih-agihkan di dalam kotak ‘normal set’ One Drop Perfumes, di mana para pengguna mampu memperolehi duit raya berjumlah RM10, RM 50 atau RM 100 di dalam kotak yang bertuah. Bagi tujuan keselamatan, duit raya tersebut didatangkan dalam bentuk baucer dan para pengguna hanya perlu mengeposkan semula baucer tersebut kepada pihak One Drop Sdn Bhd. Duit raya yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemenang. Proses penebusan duit raya ini sungguh mudah, selaras dengan tema kempen ini iaitu ‘Tiada slogan, Tiada soalan, Tiada Gimik’.

“Kempen Badan Wangi Poket Berisi ini secara tidak langsung akan mengembalikan nostalgia para pengguna One Drop Perfumes semasa kecil dulu. Hari Raya adalah hari yang paling meriah bagi kanak-kanak, di mana mereka berpeluang untuk mengumpul duit raya dan dengan duit raya itulah yang akan dijadikan modal untuk membeli apa yang dihajati. One Drop ingin berkongsi dengan para pengguna memeriahkan lagi suasana Hari Raya pada tahun ini, di mana kempen yang memasuki tahun ketiga ini diharapkan akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban untuk membuat persiapan menjelang hari lebaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini sila hubungi talian 03-2072 5555 atau 019-399 9969 atau layari www.onedropperfumes.com.

SKIP THIS AD ×