Lama juga kan kita tak dengar khabar mengenai penyanyi One Forteen atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin! Kali ini, OhBulan! berpeluang menemu bual One di TikTok Awards 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: ‘Beza Umur 20 Tahun & Bukan Melayu’ – Sharifah Sakinah Mengaku Sedang Mengenali Lelaki Berpengaruh Besar
Artikel Berkaitan: Pelakon Tampan Jadi Mangsa ‘Dark Side’, Didakwa Pernah Buat Hubungan Sejenis Dengan Kawan Baik?
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Popular Nak Kahwin Ogos Ini? Buat ‘Food Tasting’ Dekat Hotel T20!
Dapat rujukan dari doktor
Menurut One, dia ada sahaja di dalam industri seni cuma kini sedang sibuk menguruskan perniagaan spa lelaki yang dibuka di Shah Alam sejak tujuh tahun yang lalu. Tambah penyanyi berusia 34 tahun ini, dia turut menerima pelbagai undangan majlis seperti anugerah berprestij.
Dah alang berjumpa dengan One, OhBulan! terus bertanya mengenai dakwaan dia mengambil steroid untuk mendapatkan tubuh badan yang kekar!
Anggota kumpulan Forteen ini mengakui mengambil steroid dengan atas nasihat daripada doktor. Katanya, dia mengambil suplemen yang bagus untuk memiliki badan idaman.
Saya rasa tak perlu nak sembunyi kalau kita ambil steroid atau apa pun. Itu hal masing-masing asalkan jaga badan dan kondisi dalam badan. Kalau ambil steroid dan tak jaga keadaan badan pun tiada guna. Dalaman kena jaga. Saya ambil multivitamin dan suplemen yang bagus untuk badan.
Buat apa saya nak menafikan. Penjagaan kena jaga. Jangan ambil kosong. Kena ada suplemen untuk hati, tulang dan semua. Saya ada jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Bukan main ambil je. Kita kena tahu apa kebaikan dan keburukannya. Sebab itu adalah risiko dan ianya terpulang kepada individu masing-masing.
Disoal mengenai mengapa suka tayang badan di media sosial, pengasas spa lelaki ini berkata setiap individu yang ‘membuat badan’ pasti mahu menunjukkan hasil yang dimiliki.
Kalau buat badan mestilah tayang. Saya mengaku selalu tayang badan dekat media sosial.
Dapat foto kemaluan
Selain itu, diusik sama menerima komen nakal di media sosial, One berkata dia sudah lali mengenai perkara tersebut.
Korang sendiri nampak yang komen nakal pasti ada di hantaran saya. Dah berapa tahun macam ini. Saya jenis masuk telinga kanan dan keluar kiri. Saya dah lali. Ada yang keterlaluan sehingga hantar gambar kemaluan mereka.
Tetapi saya bukan jenis kejam nak repost balik. Itu privasi mereka dan tak akan saya nak buka aib orang. Saya masih lagi bersabar. Cara yang paling baik yang saya buat ialah jangan balas mesej (DM) dan layan mereka.
Bercakap mengenai konten spa di TikTok, One mengaku ianya dilakukan untuk menarik perhatian netizen.
Saya rasa netizen akan buat benda yang sama iaitu konten jenis mengundang untuk tarik perhatian. Sebenarnya benda yang dirancang macam ini yang akan ditonton dan orang akan bertanya mengenai spa saya. Ini cara saya untuk mempromosikan spa.
Spa saya ada macam-macam perkhidmatan yang ditawarkan dan boleh dikujungi oleh semua lelaki. Apa yang penting, saya tak promosi spa dengan cara yang keterlaluan dan kotor.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai status diri One sekarang. Ujar One dia masih solo dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Saya masih single. Tapi saya ada anak kucing di rumah. Tidak ada dalam kepala saya untuk berkahwin. Sebab berkahwin bukan suatu perkara yang mudah. Kena ada komitmen yang tinggi dan saya belum bersedia untuk itu.
Apakah kriteria wanita idaman yang diimpikan? Jelasnya, dia mahu wanita yang mempunyai kerjaya.
Sukar atau tidak nak dekati saya, orang itu kena cuba dahulu. Kriteria yang saya mahu, orang itu kena ada kerjaya. Tapi kalau jodoh itu jodohlah. Cuma zaman sekarang ini lebih baik kedua-dua bekerja untuk memudahkan masa hadapan.