berita

“One Nite Only” Persembahkan Jatt (Black Dog Bone) & Lokman Aslam

January 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Lokman Aslam

Anda rindukan suara dan alunan muzik dari kumpulan Black Dog Bone? Atau mungkin anda dahagakan muzik jazz yang menenangkan?

Terbaru, The Royale Chulan Kuala Lumpur telah memilih dua penyanyi dari berlainan zaman, namun masing-masing mempunyai kualiti yang tersendiri. Untuk pengetahuan, Jatt dari kumpulan Black Dog Bone serta Lokman Aslam bakal mengadakan persembahan di The Heritage Club yang bertempat di The Royale Chulan.

Bagi yang merindukan lagu-lagu seperti ‘Khayalan’, ‘Gadis Ayu’ dan juga ‘Geram’, Jatt bakal membuat persembahan pada 8 Februari ini. Manakala Lokman Aslam, penyanyi baru yang juga merupakan bekas peserta ‘One In a Million (2006)’ bakal mengadakan persembahan pada bulan seterusnya, iaitu 8 Mac.

Lokman ketika ditemubual menjelaskan, “Sebenarnya, ‘nervous’ juga bila dipilih bersama seorang ‘legend’. Tapi saya percaya, ini satu peluang yang baik.

Kepada para peminat, tiket boleh didapati pada harga RM50 untuk setiap persembahan dan pintu dibuka seawal jam 7 malam. Untuk info lanjut, anda boleh layari laman rasmi, The Royale Chulan atau hubungi 03-2688 9614.

Mari dengarkan sedikit persembahan dari Lokman Aslam selepas ini!

SKIP THIS AD ×