berita

Operasi Bakal Ditamatkan? Netizen ‘Throwback’ Kenangan Manis Terbang Bersama MAS

October 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Akibat pandemik Covid-19 melanda dunia memberi kesan kepada pelbagai sektor ekonomi termasuklah sektor penerbangan antara negara. Penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) turut terima kesan ekonomi daripada pandemik ini. Bagaimanapun, masih menjadi persoalan sama ada syarikat penerbangan nasional ini terus beroperasi ataupun bakal ditutup?

Di Twitter Izzat Ikhwan, berkongsikan berita mengenai masa depan MAS sekiranya gagal untuk bertahan dalam sektor penerbangan dan bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja di syarikat tersebut? Bukan itu saja, ramai staf dan orang ramai juga turut berkongsikan kenangan indah sepanjang penerbangan bersama MAS.

I don’t want it end

Salah seorang pengguna media sosial dan juga merupakan pramugari di bawah syarikat MAS berkongsikan sebuah video menyaksikan saat-saat akhir berkhidmat di syarikat tersebut. Dia bersama rakan-rakan menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’ sambil disaksikan petugas yang lain.

Kenangan indah bersama MAS

Sementara itu, ada juga berkongsikan kenangan manis apabila menyaksikan salah seorang pramugara MAS melayani seorang bayi sewaktu dalam penerbangan. Momen indah ini turut disaksikan penumpang yang lain sewaktu dalam penerbangan tersebut.

One of the national gems

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abe Gosling berkongsikan pengalaman pernah menaiki pesawat MAS dengan tiga jenis kelas berbeza iaitu business class, premium economy dan economy class. Sudah pelbagai destinasi telah dilawatinya dengan menaiki pesawat ini termasuk ke Beijing, Colombo, Perth, Delhi, Bali, Jakarta, Medan dan Bangkok.

Tidak termasuk penerbangan di dalam negeri lagi. Semuanya hanya menaiki MAS. MAS sudah dianggap ramai sebagai satu permata nasional kebangsaan negara kita.

Ayah pernah bertugas di MAS

Sementara itu, pengguna Twitter iaitu Husni Eito Halim berkongsikan foto ayahnya yang pernah berkhidmat bersama MAS. Ayahnya itu pernah bertugas sebagai juruterbang di syarikat tersebut lebih kurang 30 tahun dan sudah tentunya pelbagai kenangan manis yang dilalui sepanjang bertugas di sana.

Jika anda perasan, logo MAS pada topi juruterbang pun sudah lain. Itulah logo asal MAS pada 30 tahun yang lalu.

‘Kepada rakyat Malaysia…’

Tidak dinafikan, ramai bakal merindui dialog dari pramugara/ pramugari yang akan bercakap “Kepada rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air” setiap kali mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Itulah saat terindah buat semua penumpang yang pernah menaiki pesawat MAS ini.

Khazanah punyai ‘Plan B’

Bagaimanapun, ura-ura mengenai penutupan syarikat penerbangan nasional ini masih belum disahkan lagi. Menurut Simple Flying, Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Izham Ismail berkata syarikat penerbangan itu belum membuat keputusan selain menutup. Tambahnya, MAS mempunyai banyak sokongan tetapi perlu melepaskan beberapa sokongan dan merancang untuk mengstukturkan semula.

Terdapat beberapa sumber sokongan yang menolak rancangan MAS. Bagaimanapun, Khazanah mempunyai ‘Plan B‘ sekiranya syarikat penerbangan ini ditutup.

Sumber: Izzat Ikhwan, Simple Flying

SKIP THIS AD ×